Header HQE

 

Unit Hal Ehwal Islam

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam Hospital Queen Elizabeth mula beroperasi pada tahun 2010. Penubuhan unit ini adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. Unit ini juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat hospital.

 

VISI

Memberikan perkhidmatan bimbingan spiritual berteraskan nilai-nilai Islam.

 

MISI

Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO)

 

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.

2. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.

3. Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Tanggungjawab kepada hospital :

1.1 Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)

1.2 Bertanggungajwab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.

2. Perkhidmatan kepada kakitangan :

2.1 Menyelaras dan melaksanakan program serta latihan penerapan nilai-nilai Islam secara terancang dan berterusan.

2.2 Rujukan dan khidmat nasihat keagamaan kepada kakitangan (jika diperlukan).

3. Perkhidmatan kepada pesakit / ahli keluarga / waris :

3.1 Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit dan ahli keluarga.
3.2 Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit, ahli keluarga dan waris.
3.3 Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
3.4 Pengurusan jenazah Islam (mandi dan solat)
3.5 Menyediakan bahan-bahan penerbitan berunsurkan nilai-nilai Islam dan bersesuaian.

 

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, sopan santun, jujur dan ikhlas.
2. Memastikan pesakit atau waris mendapat khidmat bimbingan ibadah pesakit (Islam).
3. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada kakitangan / pesakit / waris (jika diperlukan.)
4. Mengurus selia pengurusan jenazah Islam (mandi dan solat).

 

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang

KETUA UNIT
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (PPHEI) S32
No. sambungan : 7824

Background Image

Header Color

:

Content Color

: