Header HQE

UNIT KESELAMATAN

  

Pengenalan

Unit Keselamatan, Hospital Queen Elizabeth (HQE) bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat keselamatan perlindungan meliputi perkara-perkara keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi. Bagi mencapai matlamat tersebut serta dalam membantu pihak hospital melaksanakan pemeriksaan keselamatan khususnya terhadap pengukuhan keselamatan fizikal, pemantauan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan serta bekerjasama dengan Ibu Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) bagi melaksanakan kursus kesedaran keselamatan perlindungan.

 

Unit Keselamatan ini dianggotai oleh satu (1) Pegawai Keselamatan KP41, dua (2) Penolong Pegawai Keselamatan Kanan KP32, dua (2) pembantu Keselamatan KP22 dan lima (5) Pembantu Keselamatan Kanan KP17/22. 

Falsafah Unit Keselamatan, HQE berteraskan kepada prinsip-prinsip RAHSIA iaitu:

            RAJIN,  RESPONSIF DAN BERTANGGUNGJAWAB

A             AMANAH, JUJUR DAN BERINTEGRITI

H             HORMAT, BERHEMAH DAN HARMONI

S              SABAR, SETIA, SEPAKAT DAN BERSEMANGAT WAJA

I               ILMU, INOVATIF DAN PROFESIONAL

A              AKAUNTABILITI, REALISTIK, BERWASPADA DAN SELAMAT

 

Objektif Unit Keselamatan

Memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel untuk dilaksanakan

 

Visi

  • Mencapai Standard Keselamatan Perlindungan Berkualiti di Hospital Queen Elizabeth sebagai Hospital Negeri Sabah
  • Menjadi pusat rujukan kepada semua hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan seluruh Negeri Sabah.

 

Misi

Unit Keselamatan berhasrat untuk menjadi pusat rujukan bagi hospital-hospital / klinik-klinik di Negeri Sabah yang cemerlang melalui:

  • Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan
  • Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan
  • Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Perlindungan
  • Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua pelangggan
  • Meminimakan pelanggaran keselamatan

 

 
   
 

MOTO

“ RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN”

 

SLOGAN

“KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN KERAJAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

 

Skop Perkhidmatan Unit Keselamatan

Unit Keselamatan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pengurusan keselamatan perlindungan harta benda serta menjalankan latihan kepada anggota dibawah seliaan bagi mewujudkan kecemerlangan mengikut standard perkhidmatan yang ditetapkan. Skop perkhidmatan keselamatan meliputi:

 

a)        Pengurusan Kad Akses

b)       Pengurusan Kunci

c)        Pengurusan Parkir

d)       Pengurusan Lalulintas dan Trafik

e)       Pengurusan Pengawal Keselamatan Swasta

f)         Pengurusan Tapisan Keselamatan

g)        Pengurusan Kawalan CCTV

h)       Pengurusan Aduan, Insiden dan Jenayah

 

Tanggungjawad Dan Aktiviti Unit Keselamatan

 

a)        Memberi nasihat mengenai sistem keselamatan perlindungan kepada semua  Unit/Bahagian/Jabatan 

b)       Menyediakan kawalan keselamatan dan memantau sistem keselamatan perlindungan fizikal 

c)        Membuat naziran dan mengemukakan syor bagi mengatasi kelemahan-kelemahan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.

d)       Membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan peraturan-peraturan, langkah-langkah dan kawalan keselamatan dilaksanakan.

e)       Mengurus dan memproses permohonan dan pengeluaran ‘pas’ keselamatan (Tetap, Sementara, Pelawat dan Lawatan Rasmi/Negara).

f)         Mengawal dan mengawasi pergerakan akses

g)        Menguatkuasakan peraturan dan langkah-langkah keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.

 

 

Soalan Lazim

 

1. Apa itu Keselamatan Perlindungan?

Keselamatan Perlindungan bermaksud memberikan perlindungan ke atas aset yang meliputi perkara maklumat rasmi, dokumen rasmi dan rahsia rasmi, bangunan, pepasangan, peralatan, kelengkapan dan personel.

 

2. Siapakah bertanggungjawab ke atas Keselamatan Perlindungan di Jabatan/Pejabat ?

Ketua jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan perlindungan di Jabatan/pejabat masing-masing.

 

3. Apakah arahan yang perlu dipatuhi ?

Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri. Di dalam Arahan tersebut telah ditetapkan darjah-darjah keselamatan yang sama mengikut prinsip-prinsip tertentu untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan Kerajaan bertujuan bagi mengawal rahsia-rahsia rasmi negara dengan berkesan.

 

4. Siapakah pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan Arahan Keselamatan ?

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya. Walau pun begitu beliau perlu melantik Pegawai Keselamatan Jabatan yang terdiri daripada Timbalan Ketua Jabatan yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran jabatan bagi membantu beliau melaksanakan arahan-arahan keselamatan dengan mendapat nasihat Pegawai Keselamatan Kerajaan.

 

5. Siapakah yang perlu mengetahui dan mematuhi kandungan Arahan Keselamatan ?

Setiap penjawat awam yang diamanahkan dengan perkara-perkara rahsia rasmi perlu mengetahui sepenuhnya peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Arahan tersebut.

 

6. Dari pihak manakah Arahan Keselamatan boleh diperoleh ?

Buku Arahan Keselamatan boleh diperoleh daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan Pejabat cawangan negeri di seluruh negara. Permohonan boleh dibuat dengan menulis surat secara rasmi terus kepada pihak Ibu Pejabat atau pejabat cawangannya.

 

7. Apakah kaitan Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan Arahan Keselamatan?

Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi yang perlu diberikan perlindungan keselamatan mengikut peraturan-peraturan dalam Arahan Keselamatan daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan.

 

8. Kenapakah penjawat awam dikenakan tapisan keselamatan?

Tapisan keselamatan dikenakan ke atas penjawat awam bertujuan untuk memeriksa latar belakang penjawat awam bagi memastikan mereka bersih dari sebarang anasir subversif dan kesetiaannya kepada negara atau kejujurannya menimbulkan keraguan, tidak mendapat sebarang pekerjaan atau terus berada dalam pekerjaan yang melibatkannya dengan perkara-perkara rahsia rasmi.

 

9. Siapakah yang boleh mengikuti kursus keselamatan perlindungan?

Penjawat-penjawat awam di peringkat persekutuan atau negeri dan pegawai atau kakitangan yang bertugas tetap di pepasangan sasaran penting sektor awam dan swasta. Semua kursus diberikan secara percuma.

 

10. Apakah tindakan yang boleh dikenakan sekiranya Arahan Keselamatan tidak dipatuhi?

Sekiranya penjawat awam tidak mematuhi arahan keselamatan , pihak jabatan boleh mengenakan tindakan secara pentadbiran termasuk mengenakan tindakan tatatertib mengikut kesalahan yang telah dilakukan, Pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 boleh juga dikenakan mengikut keseriusan pelanggaran keselamatan akibat daripada tindakan tidak mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

 

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: