Header HQE

 

UNIT PERPUSTAKAAN

OBJEKTIF 

1. Menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, dan penyelidikan.

2. Menjadikan perpustakaan sebagai tempat bacaan, rujukan, dan penyelidikan di dalam menggalakkan warga organisasi membaca bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.

3. Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti, lengkap, sistematik, dan terkini.

 

SKOP PERKHIDMATAN 

1. Memberikan perkhidmatan pinjaman dan rujukan, sumber pencarian maklumat dan penyelidikan, perkhidmatan OPAC melalui Sistem S-LIB, perkhidmatan komputer dan Internet, perkhidmatan pengimbas, perkhidmatan fotokopi, perkhidmatan bilik mesyuarat dan rujukan jurnal perubatan.

2. Membantu dari segi penyediaan bahan dan maklumat berdasarkan sumber bahan bercetak mahupun bukan bercetak (Online) melalui Pangkalan data dilanggan oleh KKM dan pihak hospital (sekiranya ada).

VISI 

Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan masyarakat Hospital Queen Elizabeth yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

 

MISI 

Membantu organisasi dalam membina warga hospital yang kaya dengan maklumat dan seterusnya kaya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pendedahan kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat

Mempastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti, dinamik dan sistematik dalam mempertingkatkan prestasi institusi dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra sesuai dengan suasana pembelajaran dan penyelidikan.

 

PERKHIDMATAN

  •  PENDAFTARAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
    Pendaftaran keahlian perpustakaan adalah percuma. Kakitangan hospital perlu mengisi borang keahlian perpustakaan untuk menjadi ahli perpustakaan.

 

  • PEMINJAMAN BUKU
    Menyediakan peminjaman buku sebanyak 2 buah buku dalam masa 2 minggu bagi semua bahan perpustakaan . Jika buku lambat dikembalikan, setiap peminjam akan dikenakan denda 50 sen/ hari bagi setiap buku.

 

  • PERKHIDMATAN RUJUKAN
    Menyediakan perkhidmatan rujukan terutamanya koleksi Red Spot dan jurnal perubatan, Laporan Tahunan pelbagai Kementerian , Keratan akhbar (2010- sekarang), buku-buku Pengurusan dan buku cerita.

 

  • PORTAL VIRTUAL LIBRARY KKM
    Unit Perpustakaan juga menyediakan maklumat Portal Virtual Library KKM. Kakitangan boleh mengakses Portal Virtual Library KKM melalui laman sesawang http://vlib.moh.gov.my
    USERNAME: hqelibrary
    PASSWORD: hqe123

 

  • LANGGANAN PANGKALAN DATA UPTODATE
    Unit Perpustakaan juga menyediakan akses kepada pangkalan data Uptodate kepada kakitangan hospital. Pendaftaran pengguna boleh dibuat melalui laman sesawang www.uptodate.com.


Pendaftaran pertama kali perlu dilakukan menggunakan talian Intranet hospital. Selepas pendaftaran berjaya, pengguna bolehlah melayari pangkalan data secara world wide access dan boleh juga download aplikasi mobile app uptodate melalui play store mahupun Apps store.

 

  •  PERKHIDMATAN KOMPUTER
    Menyediakan 4 buah komputer untuk kegunaan Internet (Internet access). Perkhidmatan Komputer disediakan di Bilik Komputer Unit Perpustakaan.

 

  •  PERKHIDMATAN PENGIMBAS (Scanner)
    Unit Perpustakaan menyediakan Perkhidmatan Pengimbas (Scanner) di Bilik Komputer Unit Perpustakaan.

 

PIAGAM PELANGGAN 

1. Setiap pelanggan akan dilayan tidak lebih tujuh (7) minit bagi proses peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan.

2. Permohonan pencarian artikel akan diberikan maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan permohonan.

 

WAKTU OPERASI

Isnin-Jumaat : 07.30 pagi sehingga 05.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Background Image

Header Color

:

Content Color

: