Header HQE

UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

Unit adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan tahap Kesihatan Mental dan Emosi klien yang memerlukan, melalui pendekatan kaunseling
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga Kesihatan Mental yang baik ke arah masyarakat yang sihat selaras dengan objektif KKM
  • Memastikan hubungan kerjasama sentiasa terjalin di antara unit-unit lain bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling

Waktu Beroperasi

HARI WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis

8.00 Pagi - 12.30 Tengahari

2.00 Petang - 4.30 Petang

Jumaat

8.00 Pagi - 11.30 Tengahari

2.00 Petang - 4.30 Petang

Sabtu / Ahad / Hari Kelepasan Am Tutup Untuk Pesakit Luar

 

Visi

  • Mengembangkan perkhidmatan kaunseling secara lebih profesional, efektif dan cekap dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti terhadap rawatan pesakit dan klien.

 

Misi

  • Meningkatkan dan mengembangkan tahap profesionalisme Pegawai Psikologi melalui pembelajaran berterusan selaras dengan perkembangan perubatan masa kini.
  • Meningkatkan peranan perkhidmatan psikologi kaunseling dalam melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan penekanan terhadap kesihatan mental yang sempurna.
  • Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan melalui pendekatan psikologi dan kaunseling ke arah meningkatkan produktiviti ke tahap yang maksimum.

 

Piagam Pelanggan

Kami warga Hospital Queen Elizabeth akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan professional seperti berikut:

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur, ikhlas dan secara profesional.

2. Setiap pelanggan akan diberi layanan dalam tempoh 30 minit (1 Sesi).

3. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dirahsiakan dan dikendalikan mengikut Amalan Kaunseling Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. Pegawai Psikologi dan pelanggan harus berkerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain semasa sesi kaunseling dijalankan.

 

Kriteria Klien Yang Boleh Dikendalikan Oleh Unit Psikologi Kaunseling

Kes Rujukan yang terdiri daripada:

a. kanak-kanak

b. remaja

c. dewasa

d. warga emas

 

Sesi psikologi kaunseling memberi fokus dan penumpuan kepada aspek psikologi klien yang dirujuk berkaitan isu kefungsian diri klien disebabkan oleh masalah seperti: 

a. kesihatan,

b. sosial,

c. krisis, dan

d. pembangunan kendiri yang dialami oleh klien.

 

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Kaunseling ( kes klinikal - Kes OSCC, Cubaan bunuh diri, mangsa penderaan, rehabilitasi pesakit psikiatri, pesakit kronik, kemurungan dll)

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling perkahwinan
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Tele-kaunseling
  • Perkhidmatan Ujian Psikologi
  • Ujian Personaliti TAJMA
  • Inventori Personaliti Warna
  • Inventori Personaliti Sidek
  • Perkhidmatan Intervensi Psikososial
  • Kursus/ Program Motivasi dan Peningkatan Kendiri/ Kerjaya khas untuk Kakitangan Hospital

 

FAQs

  • Apakah Perkhidmatan Kaunseling di hospital?

Perkhidmatan Kaunseling di hospital masih dianggap satu cabang disiplin yang baru dan skop perkhidmatan masih agak terhad kepada pesakit dan kakitangan hospital yang dirujuk. Unit Psikologi Kaunseling, HQE telah diwujudkan pada akhir tahun 2002 dan semakin berkembang perkhidmatan tersebut, selaras dengan keperluan semasa. Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunseling Individu, keluarga, Ujian Psikologi, Intervensi Psikososial, Perundingan dan penyeliaan serta penyelidikan.

 

  • Mengapa perlu perkhidmatan kaunseling?

Secara umumnya, manusia memerlukan perkhidmatan kaunseling kerana mereka sebenarnya merasakan perlunya bantuan/ sokongan daripada khidmat profesional dalam menghadapi krisis atau masalah. Selain itu, mereka memerlukan bimbingan agar dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

 

  • Apakah yang akan dilakukan oleh Pegawai Psikologi (Kaunselor) dalam mengendalikan sesi kaunseling?

Seorang kaunselor telah dilatih dalam kemahiran mendengar dan membimbing klien melalui proses kaunseling dalam menghadapi isu atau krisis. Kaunselor akan membina perhubungan terapeutik dan selamat bagi menggalakkan klien meluahkan perasaan tanpa rasa terancam. Perkara yang amat penting adalah dalam kehidupan, klien seharusnya bertanggungjawab mengubah dan mengatasi permasalahan klien itu sendiri dan kaunselor akan menyediakan kaedah yang sesuai dalam pendekatan psikologi kaunseling bagi membantu klien mengubah hidup melalui kesedaran kendiri.

 

  • Berapa kali sesi kaunseling yang perlu dihadiri oleh seseorang klien?

Sesi kaunseling merupakan satu proses bagi seorang klien menilai dirinya dan masalah yang dialami secara berperingkat melalui bimbingan Kaunselor. Namun jumlah sesi adalah bergantung pada klien dan isu yang dihadapi. Biasanya dalam 3-4 sesi kaunseling (minimum).

 

  • Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling?

Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling di HQE iaitu melalui rujukan Pegawai Perubatan/ Ketua Jabatan/ Unit kepada pesakit atau klien yang dirujuk. Bagi klien yang datang secara sukarela boleh datang terus ke Unit Psikologi Kaunseling bagi mendapatkan temujanji (terhad kepada kakitangan HQE sahaja). Perkhidmatan Tele-kaunseling turut disediakan kepada klien yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling melalui telefon dan emel.

 

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: