Header HQE

SEKSYEN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

 

Latar Belakang

Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat (ICT)  terletak di Tingkat 4 Kompleks Klinik Pakar, Hospital Queen Elizabeth (HQE). Seksyen Pengurusan (ICT)  dianggotai oleh 13 orang kakitangan IT

 

Visi

Transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sepenuhnya.

 

Misi

  •          Membantu HQE menyampaikan perkhidmatan kesihatan menggunakan ICT Terkini;
  •          Menyediakan dan memantau prasarana Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang selamat dan diyakini;
  •          Pemangkin pelaksanaan sistem aplikasi dan rangkaian ICT yang cekap, berkesan dan inovasi berterusan;

 

 

Piagam Pelanggan Seksyen

  •          Menerima dan merekod laporan kerosakan serta membuat temujanji baik pulih kerosakan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  •          Mengenalpasti serta membaikpulih kerosakan perkakasan (hardware) dan perisian (software) komputer bergantung kepada;

1.       kerosakan kritikal tidak melebihi tiga (3) jam;

2.      kerosakan tidak kritikal tidak melebihi satu (1) bulan;

  •   Memberi khidmat nasihat berhubung perolehan peralatan ICT kepada jabatan/bahagian/seksyen/unit/klinik/wad HQE dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
  •   Memproses permohonan akaun emel dari jabatan/bahagian/seksyen/unit/klinik/wad dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima;
  •   Menyediakan laporan inventori dan maklumat peralatan ICT dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
  •   Menyelaras kursus berhubung ICT bagi tujuan peningkatan pengetahuan kakitangan hospital;

 

 

Objektif

  •          Mencapai sekurang-kurangnya 90% pelaksanaan ICT dalam perkhidmatan kesihatan;
  •          Mencapai aduan sifar dalam perkhidmatan ICT;
  •          Penghasilan dan perkembangan sistem aplikasi dan rangkaian ICT



Skop Perkhidmatan

  •          Pengurusan ICT

- Merancang dan mengurus ICT

- Penyediaan Infrastruktur ICT

- Perolehan dan Pelupusan Aset ICT        

- Literasi dan Pembudayaan

- Pewujudan Persekitaran Kerja ICT (ICT enable)

        

  • Pembangunan Sistem

- Rekabentuk Pangkalan Data

- Pentadbiran Pangkalan Data  

- Pembangunan Aplikasi   

- Integrasi Sistem

 

  •          Pengurusan Pusat Data    

- Pentadbiran Keselamatan

          - Pengurusan Aset    

- Pengurusan Kesediaan (Available)

          - Pengurusan konfigurasi

- Kepakaran Teknikal

- Perisian Sistem

 

  •          Teknikal ICT

- Pemantauan dan penyelenggaraan talian 1Gov*Net dan streamyx      

- Pemantauan dan penyelenggaraan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)    

- Pemantauan dan penyelenggaraan peralatan ICT     

- Penyelenggaraan akaun email 1GovUC HQE

 

  •          Khidmat Nasihat ICT

- Perkhidmatan Helpdesk ICT (Dalaman)       

- Khidmat nasihat perolehan peralatan ICT        

- Khidmat nasihat tadbir urus ICT

Background Image

Header Color

:

Content Color

: