Header HQE

JABATAN ANESTESIOLOGI

 

Pengenalan

Jabatan Anestesiologi Hospital Queen Elizabeth akan menjadi pusat rujukan anestesia untuk pembedahan dan rawatan rapi yang menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang professional, berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.

 

Misi

Jabatan Anestesiologi berhasrat untuk menjadi pusat rujukan anesthesia dan rawatan rapi yang cemerlang dengan :-

  • Pembentukan perkhidmatan anestesia, peri-operatif, pencegahan kesakitan dan rawatan rapi yang komprehensif.
  • Pelaksanaan perkhidmatan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
  • Memupuk dan membentuk anggota yang profesionalisma, terlatih, berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang.
  • Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan yang diperakui.

 

Objektif Jabatan Anestesiologi

  • Memberi perkhidmatan pembiusan, pembedahan dan peri-operatif yang cekap dan berkesan.
  • Memberi perkhidmatan rawatan rapi yang berkualiti kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.

 

Skop Perkhidmatan

( 1 ) Unit Anestesia ( GA )

  • Klinik Anestesia
  • Perkhidmatan Anestesia Am ( Pembiusan )
  • Perkhidmatan Anestesia Kardiaktorasik
  • Perkhidmatan Sakit Akut ( Acute Pain Service )

( 2 ) Dewan Bedah ( OT )

  • Dewan Bedah Am
  • Dewan Bedah Modular
  • Dewan Bedah Modular
  • Dewan Bedah 'Day Care':-
  • Pembedahan Kecemasan ( 24 jam )
  • Pembedahan Elektif
  • Pemulihan ( Recopvery )
  • Perkhidmatan Perioperatif

( 3 ) Unit Rawatan Rapi ( ICU )

  • Perkhidmatan Rawatan Rapi ( Rawatan Intensif )
  • Makmal Respiratori ( Respiratory Laboratory )

Background Image

Header Color

:

Content Color

: