Header HQE

JABATAN DERMATOLOGI & PEMULIHAN GENITOURINARI

Pengenalan

  •      Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genitourinari secara rasminya beroperasi pada bulan September 1994. ketika itu klinik ini berkongsi bangunan dengan Klinik Payudara. Pada pertengahan tahun 1995 kedua-dua klinik telah dipisahkan apabila mendapat bangunan klinik masing-masing. Bagaimanapun klinik ini telah dipindahkan ke aras 2 bangunan baru Klinik Pakar Hospital Queen Elizabeth pada  16 Ogos 2008.
  •  Terdapat dua Pakar dan tujuh Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik ini untuk menyediakan perkhidmatan rawatan termasuk pengurusan penyakit kulit kepada pesakit. Jabatan ini juga menjadi pusat rujukan kepada hospital daerah seluruh Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, Lawas dan Limbang Sarawak disamping memberikan lawatan Pakar Dermatologi ke Hospital Keningau, Hospital Tawau, Hospital Sandakan dan Hospital Lahad Datu secara berkala. Selain itu, Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan Lawatan Pakar Perunding Pediatrik Dermatologi setiap 6 bulan sekali.

 

Misi

Jabatan Dermatologi berhasrat untuk menjadi pusat rujukan negeri yang cemerlang melalui:

  • Pengujudan perkhidmatan rawatan penyembuhan, pencegahan dan penjagaan penyakit kulit dan penyakit kelamin yang berkualiti yang akan sentiasa mengutamakan penggunaan teknologi terkini kepada semua pesakit luar dan dalam dengan mengutamakan nilai-nilai dan maruah kemanusiaan.
  • Memupuk anggota agar bersemangat tinggi, rajin, dedikasi, terlatih dan cekap serta penyayang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Mewujudkan kemudahan pusat latihan dan penyelidikan perubatan disamping pendidikan berterusan kepada anggotanya.

 

Visi

Jabatan Dermatologi akan menjadi Pusat rawatan dan perkhidmatan penjagaan penyakit dan kelamin peringkat Negeri yang akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, komprehensif serta latihan dan penyelidikan melalui anggota yang professional, cekap dan prihatin kepada nilai-nilai kemanusiaan.


Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi rawatan mengikut protokol dan polisi jabatan
  • Masa pendaftaran dalam masa 15 minit
  • Masa menunggu rawatan atau pemeriksaan pakar / doktor ialah 90 minit

Ini tertakluk kepada keadaan pesakit lain yang dirawat oleh pakar / doktor.


Objektif

Memberi perkhidmatan diagnostic dan teraputik yang professional dan terkini selari dengan objektif utama Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pesakit yang mengalami masalah kulit dan penyakit kelamin.

Skop Perkhidmatan

1. Fungsi utama di Klinik Dermatologi ialah:

    1.1 Sebagai pusat rujukan bagi kes-kes penyakit kulit dan penyakit kelamin

    1.2 Perkhidmatan pendiagnosaan dan terapi

2. Perkhidmatan latihan

    2.1 Mengadakan CME untuk Jabatan Dermatologi 2 kali untuk setiap bulan

    2.2 Mengadakan Latihan Dalaman Jabatan untuk staf Klinik Dermatologi

    2.3 Mengadakan kursus untuk Pegawai Perubatan dan paramedic di Jabatan Dermatologi HKL


 Direktori Staf Jabatan/Unit

  • Fax & Directori - 088252823
  • Kaunter – 088517555 Samb 7657
  • Bilik PPP Farid @ Kolong U36 – 7690
  • Bilik 2 (Dr Zaigham) – 7660
  • Bilik 3 (Dr Voo Sook Yee @ Michelle) – 7661
  • Bilik 4 (Dr Crescentia & Dr Shen Wen Ling) – 7662
  • Bilik 5 (Dr Siti Yuhana & Dr Mervin) - 7663
  • Bilik 13 (Dr Glen & Dr Nurain & Dr Nur Syazwani) - 7125



Jawatan Yang Ada Di Jabatan/Unit & Penerangan Tugas Hakiki Jawatan Tersebut

  • Pakar Dermatologi UD54 & Ketua Jabatan – 1 orang
  • Pakar Dermatologi UD53 – 1 orang
  • Pegawai Perubatan UD54 – 2 orang     
  • Pegawai Perubatan UD48 – 3 orang     = Menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit kulit.
  • Pegawai Perubatan UD44 – 2 orang
  • Penolong Pegawai Perubatan U36 – 1 orang
    (Melaksanakan aktiviti berkaitan pengurusan dan pentadbiran Jabatan) 
  • Penolong Pegawai Perubatan U29 – 3 orang
  • Jururawat Terlatih U29 – 3 Orang
  • Jururawat Masyarakat U24 & U19 – 4 orang    = Melaksana aktiviti Jabatan dan tatacara
  • Pembantu Perawatan Kesihatan U11 – 3 orang = rawatan ke atas pesakit

Background Image

Header Color

:

Content Color

: