Header HQE

JABATAN OFTALMOLOGI

 

Pengenalan

Jabatan Oftalmologi HQE diketuai oleh Dr. Sheena Mary Alexander, Pakar Pediatrik Oftalmologi sebagai Ketua Jabatan, dibantu oleh 6 orang Pakar Oftalmologi, 10 orang Pegawai Perubatan, 6 orang Pegawai Optometri dan 60 kakitangan sokongan. Jabatan Oftalmologi memberi perkhidmatan merangkumi Unit Pesakit Luar (Klinik Mata), Unit Optometri dan Wad Mata. Jabatan ini merupakan pusat rujukan pesakit daripada semua hospital daerah seluruh Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta Limbang, Bahagian ke-5 Negeri Sarawak (meliputi Daerah Limbang dan Daerah Lawas).

 

Skop Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Utama Jabatan Oftalmologi adalah seperti berikut:-


a) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar
i) General
ii) Vitro-retina
iii) Pediatrik Oftalmologi


b) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam


c) Perkhidmatan Pembedahan
i) Pembedahan Vitro-retina
ii) Pembedahan Mata Kanak-kanak


d) Perkhidmatan Harian Pembedahan Mata (Day Care)
i) Rawatan Pembedahan Katarak
ii) Rawatan Pembedahan Pterygium
iii) Rawatan Excissional Biopsy
iv) Rawatan Laser

e) Perkhidmatan Optometri


f) Perkhidmatan Unit Bergerak (Sabah Mission For Vision SMFV, Lawatan Pakar dan ‘Eye Screening Team’)

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: