JABATAN ORTOPEDIK
Pengenalan
Jabatan Ortopedik HQE merupakan pusat rujukan bagi semua kes Ortopedik bagi hospital - hospital di seluruh Negeri Sabah, Hospital Wilayah Persekutuan Labuan dan Hospital Lawas, Sarawak. Jabatan Ortopedik mempunyai 9 orang pakar dan dibantu oleh 13 orang Pegawai Perubatan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Ortopedik Gred JUSA C yang bertanggungjawab kepada seluruh jabatan iaitu Wad Ortopedik Lelaki, Wad Ortopedik Perempuan, Wad Ortopedik Kanak-Kanak dan kes ortopedik di dewan bedah dan Klinik Pakar.
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :-
1. Perawatan dan pembedahan kes trauma
2.Perawatan dan pembedahan kes kecedaraan spinal
3 Perawatan dan pembedahan kecederaan sendi
4.Perawatan dan pembedahan ortopedik kanak-kanak
Subspesialiti
Perkhidmatan subspesialiti sedia ada dan yang diwujudkan dari tahun 2007 seperti berikut:- :-
- Subspesialiti ‘Fracture / Trauma’
- Subspesialiti ‘ Arthroplasty & Arthroscopy’
- Subspesialiti ‘ Spine ‘
- Subspesialiti ‘ Paediatric & Onkology ‘
- Subspesialiti ‘ Foot Ankle ‘ (2008)