Header HQE

JABATAN PEMBEDAHAN

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Am Hospital Queen Elizabeth menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, komprehensif, penyelidikan dan latihan yang menyeluruh berasaskan kepada kerja berpasukan yang profesional, cekap dan prihatin.

Jabatan ini merupakan Pusat Rujukan Negeri/Rantau bagi semua kes pembedahan dari semua hospital daerah termasuk Labuan dan Lawas di samping berkhidmat untuk warga Bandaraya Kota Kinabalu serta kawasan yang berdekatan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat komprehensif yang merangkumi bidang Neurosurgeri, Pembedahan Plastik dan Urologi yang menjalankan aktiviti perkhidmatan sendiri sebagai unit berasingan.

Klinik Pembedahan Am dikendalikan oleh:

  • Pakar Perunding Gred Khas C
  • Pakar Perubatan UD48 - UD54
  • Pegawai perubatan UD44
  • Paramedik

 

Buatlah temujanji dengan doktor anda!

 

Objektif

Jabatan Pembedahan Am Hospital Queen Elizabeth Sabah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan yang menghadapi penyakit atau masalah berkaitan pembedahan dengan tepat, berkesan dan mesra berteraskan eleman budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Visi

Jabatan Pembedahan Hospital Queen Elizabeth akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggota yang profesional, cekap dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan.

Kawasan kaunter

 

Misi

Jabatan ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan dan menyediakan rawatan yang menyeluruh kepada penduduk seluruh negeri Sabah melalui pendekatan berikut:

  • Perkhidmatan yang menyeluruh yang merangkumi rawatan pencegahan, penyembuhan, pemulihan, paliliatif dan pendidikan kesihatan.
  • Memupuk anggota yang terlatih, berdedikasi, cekap dan penyayang.
  • Menjadi pusat latihan dan penyelidikan yang cemerlang.

 

Skop Perkhidmatan

1. Klinik Pembedahan Am

  • Memberi rawatan pesakit kes baru dan kes ulangan.
  • Memberi rawatan kes rujukan daripada Doktor Swasta dan Hospital Kerajaan.
  • Mengambil darah pesakit luar.
  • Mengambil tanda tangan kebenaran (consent) untuk menjalani pembedahan kecil dan pemeriksaan khas bagi pesakit luar.
  • Membuat temujanji untuk pemeriksaan khas pengimejan diagnostik (special X-ray).

2. Klinik Payudara

  • Menerima kes-kes rujukan dari Doktor Swasta dan Hospital Kerajaan.
  • Memberi rawatan pesakit luar melalui temujanji.
  • Membuat ujian biopsy kepada pesakit luar bila dipastikan.
  • Membuat temujanji 'Mammografi'.
  • Memberi kaunseling kepada pesakit yang memerlukan sebelum dan selepas menjalani pembedahan.
  • Memberi pendidikan cara memeriksa Payudara kepada pesakit.

3. Pembedahan

  • Menjalankan pembedahan am terhadap pesakit yang memerlukannya, menerusi temujanji.

4. Pemeriksaan Khas

  • Menyediakan pesakit untuk menjalankan pemeriksaan khas seperti
  • Endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP).
  • Endoskopi (OGDS).

5. Fine-Needle Aspiration (FNAC)

  • Satu jenis ujian dilakukan oleh Doktor Pakar - menerusi temujanji. Ia dilakukan pada hari isnin dan khamis untuk pesakit luar dan pesakit dalam.

6. Pembedahan Hepato- Pembedahan Vascular. (Lawatan Bulanan Dari Pakar Pembedahan Hospital Kuala Lumpur)

7. Rawatan kelecuran dan kebakaran

8. Pembedahan kecemasan

Background Image

Header Color

:

Content Color

: