Header HQE

JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

 

Pengenalan

Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada 3 unit iaitu, Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR) , Unit Perubatan Pemulihan Carakerja dan Unit Perubatan Pemulihan Anggota. Pada Januari 2012, Dr Farhah Amalina Muhd Ehsan, Pakar Perubatan Rehabilitasi UD 52 telah dilantik menjadi Ketua Jabatan dan juga Ketua Unit UPR. UPR menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan rehabilitasi kepada pesakit luar dan dalam. Ia juga menjadi tempat rujukan kepada seluruh hospital di negeri Sabah, Hospital Lawas dan Limbang , Sarawak serta Hospital Wilayah Persekutuan Labuan. Perkhidmatan pesakit dalam merangkumi pesakit dalam di Hospital Queen Elizabeth 1 dan 11, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Beaufort. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi beroperasi di Aras 1, Bangunan Klinik Pakar, Hospital Queen Elizabeth.

Skop Perkhidmatan

Memberikan perkhidmatan pemulihan fisioterapi yang berkualiti dan holistik melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini dengan penekanan profesionalisma dan pengamalan budaya korporat.
i. Perkhidmatan klinik pesakit luar
• General
• Spinal rehabilitasi
• Neurosurgery rehabilitasi
• Neuromedikal/Strok rehabilitasi
• Amputee dan musculoskeletal rehabilitasi
• Paediatrik rehabilitasi

ii. Perkhidmatan pesakit dalam
• General
• Spinal rehabilitasi
• Neurosurgery rehabilitasi
• Neuromedikal/Strok rehabilitasi
• Amputee dan musculoskeletal rehabilitasi
• Paediatrik rehabilitasi

iii. Program Kardiak Rehabilitasi
• Fasa 1 (pesakit dalam)
• Fasa 2 (pesakit luar)

iv. Perkhidmatan lawatan pakar ke Hospital Beaufort/Hospital Likas
• Perkhidmatan pesakit dalam
• Perkhidmatan pesakit luar

Background Image

Header Color

:

Content Color

: