JABATAN RESPIRATORI
DR HEMA YAMINI DEVI A/P RAMARMUTY
KETUA JABATAN RESPIRATORI
PENGENALAN
Jabatan Respiratori terletak di bangunan berkembar Hospital Queen Elizabeth di aras 4 blok A. Dimana jabatan ini merangkumi dua perkhidmatan iaitu Klinik Pakar Respiratori untuk rawatan pesakit luar dan Wad Respiratori untuk rawatan pesakit dalam. Antara pesakit yang menerima rawatan di sini adalah pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan atau paru-paru (Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik) seperti Pesakit Asma, Pesakit TB, Pesakit Kanser Paru-Paru dan Pesakit Obstructive Sleep Apnea. Jabatan Respiratori Hospital Queen Elizabeth ini merupakan pusat rujukan utama bagi kes-kes yang melibatkan pesakit respiratori bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta (Hospital dan Klinik) untuk seluruh Negeri Sabah termasuk juga Wilayah Persekutuan Labuan.
OBJEKTIF
Memberi khidmat diagnostik yang komprehensif yang sesuai dengan pengetahuan semasa, menerima piawaian kebangsaan dan antarabangsa, menjadikan peranan Klinik Respiratori sebagai pusat rujukan respiratori utama di Sabah terhadap permasalahan pernafasan yang tinggi dalam masyarakat.
VISI
Menjadi pusat sumber utama bagi meningkatkan kesihatan paru-paru di Negeri Sabah dan menjadi pusat kecemerlangan serantau dalam perubatan respiratori di Malaysia Timur.
MISI
Menyediakan dan mempromosikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik melalui pendidikan dan penyelidikan serta meningkatkan kemahiran pengetahuan kesihatan paru-paru.
JADUAL KLINIK
JADUAL RAWATAN KLINIK |
||||
ISNIN 8.00am – 5.00pm |
SELASA 8.00am – 1.00pm |
RABU 8.00am – 1.00pm |
KHAMIS 8.00am – 1.00pm |
JUMAAT 2.00pm – 5.00am |
KLINIK TIBI DIAGNOSTIK |
KLINIK ASMA |
KLINIK ASMA |
KLINIK KANSER PARU-PARU |
KLINIK PERUBATAN TIDUR |
SKOP PERKHIDMATAN
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Respiratori adalah seperti berikut:
i. Klinik Pakar Paru-Paru
§ Pesakit Asma
§ Pesakit Kanser Paru-Paru (Histopatologi)
ii. Klinik TB Diagnostik
§ Pesakit Tuberculosis (TB)
iii. Interventional Pulmonology
§ Kes Flexible Bronchoscopy
§ Kes Rigid Bronchoscopy
§ Kes Pleuroscopy
§ Kes Endoscopy Bronschoscopy Ultrasound System (EBUS)
iv. Klinik Perubatan Tidur (Sleep Study)
§ Pesakit Obstructive Sleep Apnea (OSA)
v. Pulmonari Fisiologi
§ Lung Function Test (LFT)
§ General Respiratori Function Test (GRFT)
§ Metacholine Challenge Test (MCT)
§ Cardiopulmonary Exercise Test (CPET)
vi. Wad Respiratori (perkhidmatan pesakit dalam)
vii. Lawatan Pakar ke Hospital Daerah (Sandakan, Tawau, Keningau & W.P Labuan)