Header HQE

UNIT CARA KERJA

 

Latar Belakang

Unit Pemulihan Cara Kerja terletak di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Queen Elizabeth (HQE).Pemulihan Carakerja ialah rawatan pemulihan melalui aktiviti dan intervensi yang dipilih khas untuk pelanggan yang menghadapi masalah fizikal, kognitif dan psikososial.Tujuan Pemulihan Carakerja adalah bagi membantu pelanggan mencapai tahap keupayaan kefungsian yang optima supaya pelanggan dapat berdikari di semua aspek kehidupan harian dan menikmati kehidupan yang berkualiti

 

Visi

Transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sepenuhnya.

 

Misi

  • Membantu HQE menyampaikan perkhidmatan kesihatan menggunakan ICT Terkini;
  • Menyediakan dan memantau prasarana Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang selamat dan diyakini;
  • Pemangkin pelaksanaan sistem aplikasi dan rangkaian ICT yang cekap, berkesan dan inovasi berterusan;

 

Piagam Pelanggan Unit

1.Semua pelanggan akan dilayan dengan mesra, baik, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.

2. Kerahsiaan pelanggan akan dijaga;

  • Semua pelanggan diberi jaminan kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan dan rawatan.;
  • Pelanggan akan diberitahu tentang pembayaran dan tempat menunggu ( dalam masa 20 Minit);
  • Semua pelanggan akan dinilai, dirawat dan diberitahu konraindikasi rawatan semasa menjalani rawatan ( dalam masa 60 minit);
  • Di akhir rawatan, pelanggan akan diberitahu;
    • Temujanji rawatan akan datang mengikut jadual rawatan
    • Makluman pembayaran atau pengecualian pembayaran

 

Skop Perkhidmatan

1. Penilaian dan latihan semua aktiviti kehidupan harian

2. Penilaian dan Latihan fungsi fizikal, kognitif dan tingkahlaku

3. Penilaian dan Latihan Kerja

4. Penilaian, latihan modifikasi alat-alat bantuan.

5. Penilaian dan latihan kerusi roda

6. Thermoplastic Splinting

7. Pressure Garment (kain tekanan)

8. Pemulihan Psikososial

9. Program Pemulihan Kanak-Kanak Keperluan Khas (Child Early Intervention Programme)

10. Aktiviti terapi berkumpulan

11. Lawatan ke rumah / sekolah / tempat kerja

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: