Header HQE

UNIT ENDOKRINOLOGI

 

Pengenalan

Perkhidmatan subspesialiti Endokrin & Diabetes memberikan perkhidmatan berkaitan dengan gangguan sistem endokrin, rawatan pesakit kencing manis (diabetes),masalah kegemukan (obesity) dan hormon- hormon yang menggangu sistem ini. Klinik Endokrin & Diabetes menjadi rujukan bagi semua kes-kes dari 19 buah hospital daerah dan pusat kesihatan di Sabah, Hospital Lawas, Sarawak dan hospital-hospital swasta

 

Skop Perkhidmatan

Fungsi utama perawatan di klinik Endokrin & Diabetes adalah:
1. Perawatan yang Komprehensive bagi pesakit Diabetes.
2.Perawatan yang dinamik bagi pesakit yang mengalami gangguan hormon (Sistem Endokrin) bagi menjalani penyiasatan dan ujian khusus seperti Radioterapi Iodine (RAI).
3.Pengendalian dan perkhidmatan masalah umum endokrin termasuklah pengurusan adrenal dan gangguan pancreatik, gangguan thyroid dan parathyroid, gangguan kalsium dan tulang serta gangguan gonadal.
4.Pengurusan dan Perawatan multidisciplinary bagi pesakit dengan masalah Kegemukan (Obesity).
5.Kaunseling/Pendidikan Kesihatan bagi pesakit Diabetes-Nurse Educator.

Kompenan-kompenan termasuklah:
1. Klinik Pakar Pesakit luar ( Diabetes& Endokrin Klinik)
2. Perawatan pesakit dalam wad
3. Perkhidmatan penjagaan perubatan harian
4. Perkhidmatan Perawatan Endokrin dan jadual atas panggilan
5. Pendidikan dan kaunseling oleh Diabetes Educator
6. Hubungan dengan jabatan lain yang berkaitan
7. Penyelidikan (Research Clinic)
8. Pembelajaran Perubatan yang berterusan(CME/CNE/LATIHAN/KURSUS)

Background Image

Header Color

:

Content Color

: