Header HQE

UNIT GERIATRIK

 

Pengenalan

Unit Geriatrik, Hospital Queen Elizabeth ditubuhkan secara rasmi pada 1st Marc 2012.Objektif Unit Geriatrik secara am adalah seperti berikut:

1.Meningkatkan kualiti hidup warga tua.

2.Meningkatkan kualiti hidup penjaga-penjaga warga tua.

3.Mengintergrasikan warga tua dengan ahli-ahli keluarga dan juga masyarakat dalam kehidupan seharian.

4.Memanjangkan kehidupan yang berfungsi dan memendekan kehidupan yang kurang berupaya“disability free life expectancy” sehingga ke akhir hayat.

Objektif Unit Geriatrik secara spesifik adalah seperti berikut:

1.Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan dan fungsi warga tua secara keseluruhan dari segi medikal, psikologi, sosial dan rehabilitasi dengan menggunakan cara multidiscipline

2.Mengesan penyakit-penyakit pada tahap awal dan tepat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

3.Memberi kursus dan latihan kepada semua kategori pengamal kesihatan yang terlibat dengan penjagaan warga tua.

4.Menyediakan risalah, pamphlet dan brochure berkenaan dengan penjagaan dan juga penyakit-penyakit yang dihadapi oleh warga tua kepada ahli keluarga dan penjaga.

5.Memberi latihan kepada ahli keluarga dan penjaga tentang cara yang betul menjaga seorang warga tua.

6.Mengintegrasikan pesakit-pesakit yang baru keluar dari hospital kemasyarakatan dengan berjaya.

7.Membuat aktiviti-aktiviti pendidikan seperti penyelidikan, kursus, seminar, dan bengkel untuk meningkatkan pengetahuan dan minat pengamal perubatan termasuk doktor, jururawat dan sebagainya dan secara tidak langsung akan meningkatkan mutu rawatan

 

Skop Perkhidmatan

1. Wad Subacute Geriatrik Lelaki

Wad ini sedang beroperasi di Pusat Perubatan Lingzhi sehingga bangunan Hospital Queen Elizabeth baru siap dibina. Wad ini hanya boleh memuatkan lapan pesakit warga tua lelaki. “Multidisciplinary team” terdiri daripada seorang pakar geriatric, seorang sister gerontology, 3 orang gerontology staff nurse, seorang physiotherapist dan seorang occupational therapist.Kami juga mendapat sokongan yang kuat daripada Unit Kebajikan. Antara aktiviti yang diadakan dalam wad ini ialah “Comprehensive Geriatrik Assessment” untuk semua pesakit baru, latihan pemulihan fungsi setiap hari, latihan untuk ahli keluarga dan penjaga, pelbagai jenis risalah, pamphlet dan brochure untuk pendidikan pesakit, ahli keluarga dan penjaga, dan juga multidisciplinay team meeting setiap Selasa pagi. Key Performance Indicator untuk wad ini ialah kemajuan dari segi Norton Scale, Modified Barthel Index dan Motor Assessment Scale sewaktu pesakit berada di wad ini. Antara KPI nursing ialah comprehensive geriatric assessment dalam masa dua puluh empat jam pesakit dimasukkan ke wad, zero falls incidence dan zero pressure sore incidence.


2. Perkhidmatan Konsultasi Untuk Pesakit Dalam

Buat masa ini, oleh kerana hanya terdapat seorang pakar geriatrik, perkhidmatan konsultasi untuk pesakit dalam (inpatient) dikhaskan untuk pesakit-pesakit yang berada di wad perubatan dalaman sahaja.Konsultasi daripada bahagian-bahagian lain akan diterima secara “case to case basis”.


3. Perkhidmatan Pesakit Luar

a. Klinik geriatric am Klinik geriatric am terbuka kepada semua pesakit. Kes-kes akan diterima selepas berbincang dengan pakar geriatrik. Skop klinik ini agak luas dan merangkumi pelbagai issue geriatric seperti “comprehensive geriatric assessment”, “screening and prevention”, acute post discharge, chronic/multiple comorbidities, geriatric syndromes dan sebagainya.

b. Klinik memory Kinik memory ialah salah satu subkepakaran geriatric yang dikhaskan untuk menilai dan merawat pesakit-pesakit yang disyaki atau telah dikenalpasti menghidap penyakit Dementia.

c. Falls And Balance Clinic Klinik ini diadakan di Pusat Perubatan Lingzhi dan dikhaskan untuk menilai dan merawat pesakit-pesakit yang berisiko tinggi untuk jatuh. Klinik ini dijalankan oleh seorang pakar geriatric, seorang gerontology staff nurse, seorang physiotherapist dan seorang occupational therapist secara multidiscipline.Buat masa ini, oleh kerana kekurangan dan kekurangan ruang, klinik ini hanya dapat menerima pesakit yang dimasukkan ke wad geriatric atau pesakit-pesakit “home visit”sahaja.


4. Lawatan Rumah (Home Visit)

Perkhidmatan home visit ini dikhaskan untuk pesakit-pesakit dari Wad Geriatrik sahaja. Pesakit-pesakit dari wad lain atau pesakit luar tidak akan diterima untuk home visit buat masa ini. Home visit dibuat setiap Jumaat pagi dan dihadiri oleh seorang pakar geriatric, seorang gerontology nurse, seorang physiotherapist dan seorang occupational therapist. Tujuan utama home visit ini ialah untuk menilai pesakit yang berisiko tinggi untuk jatuh selepas keluar dari wad untuk memastikan mereka dapat mengekalkan fungsi yang dicapai semasa berada di wad geriatric. Selain itu, semasa home visit, rumah pesakit akan dinilai dari segi keselamatan dan kesesuaian dengan fungsi/kelemahan pesakit. Isu-isu nursing dan medical juga akan dinilai.


5. Perkhidmatan akan datang

a. Wad Subacute Geriatrik Wanita

b. Wad Dementia

Background Image

Header Color

:

Content Color

: