Header HQE

UNIT HEMATOLOGI

 

Pengenalan

Unit Hematologi merangkumi:

1. Wad Hematologi
Menyediakan perkhidmatan perawatan penyakit Hematologi .Wad ini beroperasi pada 01 November 2007 dan telah dibekalkan 20 buah katil rasmi yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Wad Lelaki dan Wad Perempuan.Wad Lelaki mempunyai 15 buah katil termasuk sebuah bilik “reverse isolation” untuk pesakit neutropenic, manakala Wad Perempuan mempunyai 6 buah katil. Wad ini adalah di bawah jagaan Pakar Hematologi, Jururawat U42, Jururawat U36, Pegawai Perubatan dan beberapa Pegawai Perubatan Siswazah ( HO ), Ketua Jururawat U32, Jururawat U29, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Wad Hematologi terletak di Kompleks C1 Blok A “Hill Side” Queen Elizabeth dan diketuai oleh Pakar Perunding Hematologi.

2. Thelassaemia (Hematology) Treatment Centre (TTC)
Beroperasi untuk rawatan harian penambahan darah untuk pesakit thalassaemia, rawatan hematologi ‘Factor 8’, pesakit hemapholia dan kemoterapi.

3. Klinik Pesakit Luar Hematologi
a) Klinik ini beroperasi 3 kali seminggu:
I) Isnin - Klinik Kanser Hematologi
II) Rabu -Klinik Hematologi Umum
III) Khamis -Klinik Thalassaemia

b) Klinik ‘Visiting Hematology’ ke 15 hospital daerah

 

Skop Perkhidmatan

  1.  Fungsi utama ialah untuk memberi khidmat rawatan yang sewajarnya dari aspek ‘prevantive,curetive and Rehabilitative’.
  2.  Pengendalian perawatan perubatan khususnya kemoterapi limpoma, thalassaemia myeloma dan penjagaan kejururawatan berkualiti dalam masa 24 jam.
  3.  Kawalan jangkitan penyakit.
  4.  Kaunseling .

Background Image

Header Color

:

Content Color

: