Header HQE

UNIT NEFROLOGI

 

Pengenalan

Unit Nefrologi merupakan satu pusat kepakaran yang menyediakan perawatan perubatan kes “kegagalan buah pinggang dan menjadi pusat rujukan bagi menerima kes- kes rujukan di Negeri Sabah , WP Labuan dan Lawas, Sarawak. Unit ini mempunyai 21 Unit Hemodialisis di bawah jagaan Ketua Unit Nefrologi. Unit ini dibuka sejak tahun 1984, Unit CAPD dan Unit Transplant ditubuhkan pada tahun 1999 dan wad Nefrologi dibuka pada tahun 2010. Pada 19.03.2012 satu unit tambahan iaitu Unit Hemodialisis 2 telah dibuka dan memulakan perkhidmatan bagi menampung kes-kes akut daripada wad dan kes-kes yang menunggu tempat rawatan di pusat dialisis swasta

 

Skop Perkhidmatan

i) Rawatan Hemodialisis / Hemodiafiltration & Slow Extended Dialysis (SLEED ) /CRRT
ii) Rawatan Plasmapheresis
iii) Rawatan CAPD
iv) Penyediaan “workup” dan rawatan susulan Pembedahan Buah Pinggang
v) Prosedur insertion catheter untuk Temporary Blood Access
vi) Prosedur Renal Biopsy
vii) Klinik Nefrologi
viii) Lawatan Klinik Pakar ( Luar Daerah )
ix) Pesakit dalam ( Wad Nefrologi )

 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya Unit Nefrologi Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dari segi perkhidmatan dan aktiviti unit begitu aktif dan mencapai objektif unit.Peningkatan dan pertambahan pesakit samaada yang mendapat rawatan sokongan buah pingggang ( Hemodialisis dan Rawatan CAPD ) mahupun kehadiran pesakit yang review di klinik begitu ketara dan terdapat peningkatan ditambah lagi perkembangan perkhidmatan dialisis dengan pembukaan unit baru.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: