UNIT NEUROSURGERI
Pengenalan
Unit Neurosurgeri dahulunya terletak di bangunan Lama Kompleks Perubatan A dan pada penghujung 2011 dan awal 2012 telah berpindah ke Hospital Queen Elizabeth II aras 2 (Neuro HDW), Aras 7 (Wad Neurosurgeri) dan Aras 8 (Klinik Pakar Neurosurgeri) secara berperingkat-peringkat
1.Unit Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth mula beroperasi pada tahun 2003
2.Male Neurosurgery Ward (MNSW) pada Oktober 2012 • Jumlah Katil : 20
3.Female Neurosurgery Ward (FNSW) pada Januari 2012 • Jumlah Katil : 12
Neurosurgery High Dependency Unit pada 2012 mempunyai 4 katil
Skop Perkhidmatan
1. Perkhidmatan rawatan perubatan / pembedahan otak dan saraf tunjang:-
2. Pusat rujukan setempat
i. Sabah ; 25 buah Hospital Daerah
ii. Sarawak : Hospital Lawas
3. Pusat latihan bagi "Pegawai Perubatan Sarjana Neurosurgeri" memberi bimbingan dan rujukan kepada :
i. Pegawai Perubatan Latihan Siswazah
ii. Penolong Pegawai Perubatan
iii. Jururawat
4. Perkhidmatan Tele-konsultasi Serantau
i. Khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan penemuan radiologi ( CT-Scan)
ii. Menerima kes-kes rujukan dari Hospital daerah yang mempunyai perkhidmatan CT-Scan mengikut kelompok daerah
5. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam
i. Wad Bedah Neuro Lelaki
ii. Wad Bedah Neuro Perempuan
iii.Wad Bedah Neuro Kanak-kanak di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah
iv. Neuro-High Depenency Ward
6. Perkhidmatan Klinik Pakar Neurosurgeri
- Isnin dan rabu
- Menerima kes-kes rujukan
- Kes-kes ulangan
- Kes-kes rawatan susulan
7. Perkhidmatan Pembedahan
- Craniotomy - Craniectomy
- Cranioplasty - Burrhole & Drainage
- VP/VA/LP Shunt
- Extra Ventricular Drainage
- Microdiscectomy
- Laminectomy
- Clipping of Aneurysm
- Transphenoidal Hypophysectomy
8. Lawatan harian dan Pembedahan Kecemasan di Hospital Pakar Likas
9. Lawatan Pakar ke Hospital Daerah mengikut jadual sepanjang tahun ;
i. Hospital Tawau
ii. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
iii. Hospital Keningau
iv. Hospital Labuan