Header HQE

JABATAN PATOLOGI MULUT

 

Pengenalan

Jabatan ini memulakan perkhidmatan di HQE pada Januari 2004 dan ia merupakan pusat rujukan bagi kepakaran Patologi Mulut dan Perubatan Mulut kepada penduduk seluruh negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Lawas, Sarawak.

 

Skop Perkhidmatan

a. Perkhidmatan Klinik Perubatan Mulut
Mengurus kes-kes perubatan mulut yang dirujuk, seperti “oral ulcers/vesiculo-bullous disease, oral facial pain (inclusive of temporomandible disorders), salivary gland dysfunction (namely Xerostomia), dan oral mucosal infections”. Klinik ini juga memenuhi rawatan pergigian asas pesakit yang “medically compromised”. Pada tahun 2012, terdapat peningkatan sebanyak 30% pesakit dan 27% kedatangan berbanding dengan tahun 2011.
Perkhidmatan Patologi Mulut
i. Menyediakan perkhidmatan diagnostik biopsi mulut

ii. Membantu dalam penyelenggaraan satu database kebangsaan bagi penyakit mulut

Pada tahun ini (2012) beban kerja telah meningkat sebanyak10% berbanding dengan tahun 2011. Dijangka ia akan meningkat lagi memandangkan Klinik Pakar Bedah Mulut sudah beroperasi sepenuhnya di Sandakan dan Tawau pada tahun 2013.
Latihan
i. Pusat latihan yang diiktirafkan KKM bagi calon pra-perwartaan pakar pergigian (Patologi Mulut & Perubatan Mulut)

ii. Pusat latihan yang diiktiraf oleh University Malaya bagi latihan“post graduate” 2010 – 2013.

iii. Sebagai pusat latihan awal bagi “pre-postgraduate attachment”

iv. Mengambil bahagian dalam program CPD serta latihan bagi kakitangan profesional dan sokongan pergigian.

v. Memberi bimbingan kepada Pegawai Pergigian Tahun Pertama dan kedua yang bertempat di
Klinik Pergigian Pakar (Patologi Mulut & Perubatan Mulut)

Background Image

Header Color

:

Content Color

: