Header HQE

JABATAN PEMBEDAHAN PERGIGIAN PEDIATRIK

 

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik di hospital dan adalah berkaitan dengan rawatan komprehensif kesihatan gigi dan mulut untuk bayi dan pesakit yang berumur di bawah 16 tahun, termasuk pesakit-pesakit dengan keperluan perubatan khas. Bidang kepakaran ini merangkumi khidmat diagnosa awal dan pelaksanaan rawatan yang khusus untuk penyakit serta kondisi gigi dan mulut yang kompleks, termasuk karies, penyakit periodontal, gangguan perkembangan gigi pertumbuhan gigi, jangkitan di bahagian orofasial, patologi mulut, kelainan tisu lembut dan tisu keras dalam rongga mulut, dan kecederaan orofasial di kalangan kanak-kanak.

 

Skop Perkhidmatan

Skop rawatan pembedahan pergigian pediatrik adalah seperti berikut:
1. Diagnosa dan rencana perawatan
2. Teknik-teknik kawalan tingkahlaku
3. Rawatan pergigian asas
4. Teknik-teknik rawatan pencegahan klinikal
5. Rawatan restorasi gigi simple dan advanced
6. Rawatan pergigian komprehensif untuk kanak-kanak dengan keperluan khas (Special Needs Children)
7. Penanganan jangkitan kuman di bahagian orofasial
8. Rawatan secara sedasi (sedation)
9. Rawatan saluran akar (endodontics)
10.Rawatan komprehensif secara bius umum
11.Rehabilitasi oral untuk kanak-kanak yang cemas atau yang bermasalah tingkahlaku
12.Rawatan multi-disciplinary untuk penyakit mulut di kalangan kanak-kanak dengan masalah perubatan
13.Pengawalan perkembangan gigi
14.Rawatan trauma gigi dan orofasial
15.Patologi dan perubatan mulut
16.Pembedahan mulut kecil
17.Penanganan kelainan dento-facial termasuk pesakit dengan klef

Background Image

Header Color

:

Content Color

: