Header HQE

UNIT PEMULIHAN PERUBATAN ANGGOTA

 

Pengenalan

Unit Fisioterapi, Hospital Queen Elizabeth mula beroperasi di tingkat bawah Bangunan Klinik Baru Pakar Hospital Queen Elizabeth pada awal Jun 2008. Sebelum berpindah ke Bangunan Klinik Pakar Baru HQE, Unit ini beroperasi di tingkat bawah bangunan Pengurusan Hospital Queen Elizabeth Blok Pentadbiran Lama (Kompleks A). Perkhidmatan Pemulihan Anggota (Fisioterapi) di HQE telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Unit ini mempunyai anggota seramai 39 orang yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan Anggota,27 orang Jurupulih Perubatan (Anggota) dan 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini menyediakan perkhidmatan rawatan Fisioterapi yang efektif, efisien dan selamat agar pelanggan dapat berdikari dan berfungsi mengikut keupayaan masing-masing seoptima mungkin.

 

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Perawatan Fisioterapi diberi kepada :-


1. Pesakit Luar yang dirujuk dari :-

i. Klinik Pakar Hospital Queen Elizabeth

ii. Klinik Swasta

iii. Klinik Kesihatan

iv. Hospital kerajaan dan swasta


2. Pesakit Dalam yang dirujuk dari :-

i. Wad-wad di Hospital Queen Elizabeth , HQE II dan Lingzhi

 

Jenis Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :-

1. Stroke Rehabilitation

2.Kecederaan Otak

3.“Total Knee / Hip Replacement”

4. Kecederaan sukan

5. Kecederaan Tangan

6.Vestibular

7.“Amputee”

8. “Spinal Cord Injury”

9.Kardiak Respiratori

10.Kecederaan Otak

11. Program Obesiti

12. Rawatan "Lympoedema"

Background Image

Header Color

:

Content Color

: