Header HQE

UNIT PENJAGAAN PALIATIF

 

Pengenalan

Unit Penjagaan Paliatif merupakan sebuah unit yang khas untuk menjaga pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit kanser dan pesakit yang menghidapi penyakit Kegagalan organ dalam peringkat terakhir (End Organ Failure) . Unit ini mula beroperasi pada tahun 1995 . Mempunyai katil rasmi juga meningkat kepada 16 buah katil . Unit ini di bawah jagaan Jabatan Pembedahan yang diketuai oleh Pakar Perundingan Pembedahan dan dibantu oleh seorang Pakar Perundingan Paliatif ( Pakar lawatan dari hospital swasta ), 4 orang Pegawai Perubatan, seorang Ketua Jururawat U32. 14 orang Jururawat U29. 2 orang Jururawat U19 dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Klinik Paliatif juga ditempatkan dalam bangunan yang sama. Kedua-dua unit dan klinik terletak di Kompleks Perubatan C, HQE. Unit ini bekerjasama dengan Pertubuhan Perkhidmatan Paliatif ( badan bukan kerajaan ) Kota Kinabalu dalam program penjagaan pesakit di rumah untuk pesakit yang tinggal dalam jarak 30 Km dari HQE.

 

Skop Perkhidmatan

  • Pesakit dimasukkan terus ke wad tanpa melalui bilik kecemasan dan tanpa didaftarkan terdahulu supaya tidak menunggu di kawasan tersebut
  • Assesmen dan kawalan simptom
  • Paliatif radioterapi dan kemoterapy, pesakit diatur untuk rawatan jika perlu
  • Konferen bersama keluarga pesakit: Perjumpaan doktor dan jururawat dengan keluarga pesakit untuk berbincang dan menyampaikan infomasi rawatan paliatif , status kesihatan pesakit dan isu psikososial jika ada.
  • ‘Respite care’ Pesakit dimasukkan ke wad untuk tumpang jaga supaya penjaga pesakit yang telah penat menjaga pesakit dapat peluang untuk berehat dari segi fisikal dan mental.
  • Kaunseling
  • Home Care Program’, Bekerjasama dengan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO )dalam program penjagaan pesakit di rumah, jika perlu
 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: