Header HQE

UNIT PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL CRC SABAH

 

Pengenalan

Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth I (CRC HQE I) yang dahulunya dikenali sebagai CRC Sabah, telah ditubuhkan pada tahun 2008 yang merupakan salah satu dari rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini mula beroperasi pada Januari 2008 dengan menggunakan fasiliti di Unit CAPD, Hospital Queen Elizabeth I dan pada Mac 2010, telah berpindah secara rasminya di bangunan pejabat sendiri yang terletak di kawasan Kolej Kejururawatan JKNS, Hospital Queen Elizabeth I. Cabaran utama yang dihadapi oleh CRC dari 2008-2012 adalah dari segi sumber manusia yang mana kakitangan terutama Pegawai Penyelidik adalah secara sambilan.Walau bagaimanapun, cabaran ini tidak menghadkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh CRC terutama dalam Industry Sponsored Research (ISR). Kejayaan menjalankan kajian Industry Sponsored Research (ISR) ini telah membolehkan CRC HQE I terpilih sebagai salah satu Centre of Research Excellence (CoRE) pada tahun 2011 yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Kesihatan Dato' Sri Liow Tiong Lai.

 

Visi

Kawasan kaunter

Jabatan Perubatan berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perubatan yang berkualiti, promosi kesihatan, pembelajaran dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, cekap dan penyayang serta hormat kepada kemuliaan insan.

 

Misi

  • Untuk memastikan pengalaman/praktis perubatan dalam berada tahap tertinggi pada setiap masa
  • Untuk dikenalpasti sebagai pusat latihan serta pendidikan ijazah lanjutan yang cemerlang di dalam perubatan
  • Untuk mencapai sasaran sebagai pusat rujukan tertinggi yang mampu memberi perkhidamatan kepakaran sepenuhnya pada tahun 2020
  • Untuk diiktiraf sebagai pusat pengajian perubatan yang cemerlang
  • Untuk memupuk 'budaya korporat' dengan menitikberatkan budaya penyayang, kerja berpasukan serta berperikemanusiaan di kalangan pengamal perubatan
  • Untuk memberi rawatan dengan menumpukan kepada pesakit keseluruhannya, menitikberatkan kesihatan serta penjagaan diri sendiri.

 

Matlamat dan Objektif

Untuk memberi perkhidmatan kesihatan daripada aspek promosi pencegahan dan penyembuhan kepada pesakit serta mengamalkan taraf kesihatan optimum dengan mencegah kejadian penyakit-penyakit untuk membolehkan pesakit-pesakit hidup dalam keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik serta sempurna

 

Skop Perkhidmatan

Fungsi utama Klinik Pakar Perubatan adalah untuk memberi perkhidmatan :-

  • Perawatan awal
  • Diagnotik /rawatan
  • Kes ulangan pesakit luar / Discaj pesakit dalam
  • Rawatan rapi jika diperlukan

Background Image

Header Color

:

Content Color

: