Header HQE

UNIT RHEUMATOLOGI

 

Pengenalan

Unit Rheumatologi adalah antara salah satu unit subkepakaran di bawah Jabatan Perubatan yang memberikan perkhidmatan berkaitan kes penyakit radang sendi dan ‘autoimmune disorders’. Unit Rheumatologi merupakan pusat rujukan bagi semua kes dari 19 hospital daerah di seluruh Sabah, pusat kesihatan serta kes dari utara Negeri Sarawak dan hospital swasta.
Unit Rheumatologi mempunyai 2 orang pakar rheumatologi, seorang pakar perubatan, seorang pegawai perubatan, dan 5 orang anggota kakitangan sokongan

 

Skop Perkhidmatan

Fungsi utama perawatan di Klinik Rheumatologi adalah:-

    • Perawatan, diagnosis dan rawatan
    • Pusat rujukan perkhidmatan perunding, nasihat dan pengurusan rawatan bagi kes-kes rumit
    • Memberi rawatan suntikan sendi kepada pesakit yang mengalami radang sendi
    • Lawatan rawatan suntikan sendi kepada pesakit yang mengalami radang sendi
    • Lawatan pakar rheumatologi ke Hospital Sandakan dan Tawau

Komponen-komponen perkhidmatan termasuk:-

Fungsi utama Klinik Pakar Perubatan adalah untuk memberi perkhidmatan :-
1. Klinik pakar pesakit luar
2. Perawatan pesakit dalam wad
3. Perkhidmatan penjagaan perubatan harian
4. Perkhidmatan perawatan rheumatologi atas jadual panggilan
5. Pendidikan kesihatan
6. Rujukan kepada jabatan lain yang berkenaan
7. Penyelidikan dan kajian
8. Pembelajaran perubatan yang berterusan (CME/CNE/Latihan/Kursus)
9. Perkhidmatan ‘Joint & soft tissue aspiration/injection’ serta ‘Synovial fluid analysis’

Background Image

Header Color

:

Content Color

: