Header HQE

CSSU

 

PENGENALAN

CSSU HQE I mempunyai 23 anggota yang terdiri daripada seorang Penyelia Jururawat sebagai Ketua Unit, 1 Ketua Jururawat, 8 Jururawat Terlatih U29, 2 Jururawat Masyarakat dan 13 Pembantu Perawatan Kesihatan .
Unit CSSU (Central Sterile Service Unit) atau Bekalan Bahan Steril HQE telah mula beroperasi pada tahun 1982 bertempat di Blok Menara B. Sejak pengishtiharan Blok Menara B tidak selamat digunakan, unit CSSU sekarang ini di tempatkan semula di sebahagian kecil ruang Unit Fisioterapi, Klinik Pakar, Aras satu, Hospital Queen Elizabeth.
Fungsi utama CSSU ialah memproses peralatan pesakit yang telah digunakan dan membekalkan barangan yang telah di steril kepada wad, klinik dan unit yang lain .
Aktiviti utama di CSSU ialah menerima, mencuci, membungkus, mensteril dan membekal peralatan steril kepada wad-wad , Dewan Bedah dan lain lain unit. Falsafah CSSU ialah mempastikan setiap pesakit menerima set perawatan yang steril dan selamat bagi rawatan mereka untuk mengelakkan pesakit daripada terdedah kepada risiko ‘NOSOCOMIAL INFECTION’ atau infeksi silang.

 

 

VISI

CSSU akan mendapat tenaga manusia yang mencukupi dan kemudahan-kemudahan tercanggih dalam pengurusan CSSU

 

 

MISI

CSSU dapat memberi perkhidmatan yang cepat dan menepati keperluan pelanggan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

a. Pensterilan – menjalankan proses pensterilan dengan penggunaan mesin Autoclave di HQE II

b. Pembekalan Soft Dressing – Contohnya Gause pack, Wool pack, Gamgee, crepe bandage, ribbon gauze dan lain lain

c. Pembekalan set OT dan ward/ klinik Prosedur set.

d. Pembekalan Linen Pack – contohnya Major Linen, Cystoscopy Pack, ENT pack, OT gown, Eye Pack dan lain-lain.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: