Header HQE

JABATAN FARMASI

 

Pengenalan

Jabatan Farmasi Hospital Queen Elizabeth (HQE) merupakan perkhidmatan Sokongan Klinikal. Fungsi jabatan ini adalah perolehan dan pembekalan ubat-ubatan, reagent, gas perubatan dan peralatan pakai buang untuk kegunaan pesakit, menyediakan produk ubat melalui perkhidmatan Total Parenteral Nutrisi (TPN)/ Admikstur Intravenus/Sedian steril dan rekonstitusi ubat-ubatan sitotoksik(CDR), memberi khidmat nasihat melalui perkhidmatan kaunseling, ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ (MTAC), Unit Maklumat ubat dan racun dan analisis farmakokinetik (Total Drug Monitoring) .Selain itu Jabatan Farmasi HQE juga memberi latihan kepada Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi pelatih. Kini Jabatan Farmasi mempunyai 95 Pegawai Farmasi , 63 Penolong Pegawai Farmasi serta 20 kumpulan sokongan pelbagai gred .

 

Skop Perkhidmatan

Memastikan bahawa semua pesakit menerima ubat - ubatan yang berkualiti untuk tempoh yang bersesuaian bersama dengan maklumat ubat - ubatan berkenaan .

Memberikan perkhidmatan farmasi yang efektif dan efisien sejajar dengan program penjagaan pesakit.

 

Visi

Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara .

 

Misi

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberikan penekanan pada tahap kewajaran yang tinggi, profesionalisma dan kecemerlangan, sejajar dengan cabaran dan aspirasi negara

 

Masa Operasi

Farmasi Klinik Pakar 1

  • 7.00 PAGI - 10.30 MALAM (HARI BEKERJA BIASA)
  • 8.00 PAGI - 10.00 MALAM (HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM)
  • * Bermula 1 Julai 2010, Pegawai Farmasi telah mula bekerja sehingga jam 10.30 malam(extended hours)

Farmasi Klinik Pakar 2

  • 8.00 PAGI - 5.00 PETANG (HARI BEKERJA BIASA) - TUTUP PADA PUKUL 12.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG (JUMAAT)
  • TUTUP (HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM)

 

Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas

Farmasi Klinik Pakar

  • Setiap pelanggan akan diberi ubat-ubatan berlabel yang berkualiti, berkesan dan selamat.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang lengkap dan jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan.
  • Setiap pesakit akan mendapatkan ubat dalam masa purata 30 minit.
  • Kaunseling tentang penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul akan diberikan kepada pesakit yang memerlukannya.

Farmasi Pesakit Dalam

  • Setiap pesakit akan dibekalkan ubat-ubatan yang betul, berkualiti dan dilabel dengan jelas.
  • Bekalan ubat 'Unit of Use' akan dibekalkan dalam tempoh 2 jam selepas penerimaan troli ubat dalam keadaan biasa. Bekalan akan mengambil masa lebih dari 2 jam dalam keadaan diluar kawalan.
  • 80% daripada pesakit discaj akan dibekalkan ubat dalam tempoh 30 minit selepas penerimaan preskripsi. Bekalan akan mengambil masa melebihi 30 minit dalam keadaan diluar kawalan.

Perkhidmatan Farmasi Onkologi

  • Semua permintaan CDR yang diterima akan diproses dan dibekal sebelum jam 5 petang pada hari bekerja biasa yang seterusnya.
  • Permintaan CDR untuk hujung minggu dan hari kelepasan am akan disediakan dan dibekalkan pada hari bekerja biasa yang sebelumnya.
  • Persediaan akan direkonstitusi dengan menggunakan Phaseal® di wad dan akan dibekalkan pada hari yang sama dalam tempoh masa 30 min bagi kes urgent dan persediaan yang mempunyai kestabilan kimia kurang daripada 24 jam.
  • Semua persediaan akan dihantar terus ke wad-wad atas bukit sebaik sahaja siap direkonstitusi; manakala bagi wad-wad di bangunan lama, persediaan akan didispenskan di Farmasi Klinik Pakar 1.

Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal

  • Semua permintaan TDM yang diterima pada waktu pejabat akan diproses dan keputusan diberikan dalam masa 24 jam selepas permintaan diterima.
  • Semua kes toksikologi yang diterima pada waktu pejabat akan diproses dan keputusan diberikan dalam masa 2 jam selepas permintaan diterima.
  • Untuk panggilan selepas waktu pejabat, keputusan akan disampaikan melalui telefon sebaik sahaja keputusan diperolehi.

Perkhidmatan Total Parenteral
Nutrisi Parenteral

  • Hari bekerja : Bagi borang permohonan TPN yang lengkap diisi dan dihantar sebelum 10.30 pagi, beg TPN akan dibekalkan sebelum 5 petang hari yang sama.
  • Hari minggu/Cuti umum : Bagi borang permohonan TPN yang lengkap diisi dan dihantar sehari sebelum hari Sabtu, Ahad atau Cuti umum, beg TPN akan dibekalkan sebelum 3.30 petang pada hari yang diperlukan.

Sterile Ekstemporaneous

  • Bagi borang permohonan yang lengkap diisi dan di hantar sebelum 10.30 pagi, akan dibekal sebelum 1.00 petang pada hari yang sama.
  • Bagi borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar selepas 10.30 pagi, akan dibekal selewat-lewatnya 10.30 pagi keesokan harinya.
  • Bagi permintaan yang tertakluk kepada ujian kawalan mutu, akan dibekal selewat-lewatnya 15 hari dari tarikh penyediaan.

Intravena Admikstur
Bagi borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar sebelum 10.00 pagi, akan dibekal sebelum 11.30 pagi pada hari yang diperlukan Stor.

Pelanggan : Pemesan dan Pembekal

  • Setiap pemesan akan dibekalkan dengan barang-barang yang bermutu.
  • Barang-barang yang ada stok akan dibekalkan dalam tempoh seminggu (hari bekerja) selepas pesanan diterima.
  • Semua bil untuk pembayaran akan diproses dalam tempoh 7 hari (hari bekerja) dari tarikh bil diterima jika bekalan telah diterima dalam keadaan baik dan sepenuhnya.

Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan

  • Pertanyaan mengenai maklumat ubat-ubatan dan racun daripada setiap pelanggan akan diterima dan diberi maklumbalas dalam masa 45 minit.
  • Semua pertanyaan akan dijawab secara lisan atau bertulis dengan membekalkan maklumat ubat-ubatan dan racun dengan tepat dan cepat, dan masa yang diambil bergantung kepada soalan yang dikemukakan.
  • Laporan ADR yang diterima daripada doktor / pegawai farmasi / jururawat dan lain-lain unit Hospital Queen Elizabeth akan dikemukakan ke Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan setiap bulan.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: