Header HQE

JABATAN PATOLOGI

 

Pengenalan

Menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai disiplin makmal patologi dengan mengadakan ujian-ujian dan penyelidikan yang cepat, tepat, berkesan dan dipercayai bagi membantu pegawai-pegawai perubatan dan pihak-pihak berkenaan di dalam diagnosa dan pengesanan pelbagai jenis dan punca penyakit.

Jabatan Patologi menyediakan ujian-ujian dalam pelbagai disiplin patologi: patologi kimia, mikrobiologi, histologi & saitologi, hematologi dan transfusi darah. Hospital Queen Elizabeth juga merupakan pusat saringan bagi penderma darah untuk semua hospital di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah.

 

Visi

Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan.

 

Misi

Perkhidmatan Jabatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

 

Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan dalam masa 30 minit selepas nombor giliran diberi di pusat pengambilan darah.Tempoh masa mendapatkan keputusan:

    Ujian segera :-
  • Ujian Histopatologi (spesimen biopsi) : 3 hari berkerja
  • Ujuan Sitologi : 3 hari berkerja
  • Ujian-ujian segera (selain Histopatologi & Sitologi) : 1 jam
  • Ujian Rutin :
  • Ujian Histopatologi (lain-lain spesimen) : 7-10 hari berkerja
  • Ujian Sitologi : 7 hari berkerja
  • Ujian-ujian rutin (lain-lain) : 3 jam
  • Ujian kandungan dadah dalam air kencing:-
  • Ujian saringan : 3 hari berkerja
  • Ujian pengesahan : 7 hari berkerja
  • Ujian-ujian khas (berjadual) : 2 minggu
  • Ujian-ujian ke makmal rujukan : 45 hari
  • Ujian kultur & sensitiviti : 3-7 hari
  • Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.
  • Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai ujian, jika perlu.
  • Semua keputusan ujian adalah sulit.

 

FAQs

1) Adakah Jabatan Patologi beroperasi selama 24 jam setiap hari?

- Ya. Tetapi selepas waktu pejabat, hanya ujian yang tertentu sahaja dari unit Patologi Kimia (STAT), unit hematologi (FBC, PT/PTT) dan unit Mikrobiologi Perubatan (BSMP) dijalankan.

2) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Patologi Kimia?

- Sampel yang diterima adalah darah dalam bekas plain tube dan bekas sodium fluoride. Sampel urin juga diterima di unit Patologi Kimia untuk ujian albumin.

3) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Mikrobiologi Perubatan?
  • - Makmal Serologi menerima sampel darah dalam plain tube melainkan untuk ujian HIV PCR bagi bayi berusia dalam lingkungan 1 hingga 18 bulan. Sampel darah untuk ujian tersebut adalah dalam EDTA tube sebanyak 3 tubes.
  • - Makmal Bakteriologi dan Mikologi menerima sampel darah, kahak, swab, urin, CSF/Body Fluid dan Najis.
  • - Makmal Parasitologi menerima sampel najis, darah dalam EDTA tube dan slaid yang telah dismearkan darah untuk BSMP.
4) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Hematologi?

- Makmal Hematologi menerima sampel darah dalam EDTA tube dan tube bertudung biru untuk ujian PT/PTT.

5) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Histopatologi dan sitologi?

- Sampel yang diterima adalah tisu, Pap smear, CSF.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: