Header HQE

JABATAN PERUBATAN FORENSIK

Pengenalan

Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth ditubuhkan pada tahun 2005 yang menjadi Pusat Forensik Serantau bagi negeri Sabah dengan kerjasama Institut Perubatan Forensik Negara, IPFN di Hospital Besar, Kuala Lumpur.

 

Objektif


Membantu siasatan polis dalam kes kematian untuk menentukan dengan tepat mengapa dan bagaimana sesuatu kematian berlaku serta mengenal pasti identiti si mati.
Membantu polis mengambil bahan ’sampel’ dalam siasatan kes-kes medikolegal dan sebagai ’exhibit’ mahkamah
Melakukan bedah siasat sebagai sebahagian daripada penyiasatan dalam kes-kes berikut;

  1. Bunuh diri
  2. Pembunuhan
  3. Kematian mengejut
  4. Kematian yang meragukan
  5. Kematian yang disebabkan oleh haiwan, jentera, atau kemalangan
  6. Kematian dalam tahanan polis atau di hospital sakit jiwa
  7. Mayat yang dijumpai yang tidak diketahui punca kematian

Melakukan bedah siasat dalam kes-kes klinikal untuk mengetahui dengan terperinci punca penyakit dan punca sebenar kematian, terutama bagi penyakit yang tidak diketahui.
Menyediakan laporan bedah siasat
Mengurus kamar mayat
Mengurus jenazah yang tidak dituntut
Memberi khidmat runding cara bagi kes Patologi Forensik, Klinikal Forensik, dan pengambilan bahan ’sampel’ untuk kes-kes mahkamah.
Menjalankan pemeriksaan kes-kes Kilinikal Forensik yang dirujuk dan menyediakan laporan perubatan untuk tujuan urusan mahkamah.
Mengendalikan pengumpulan, penyimpanan, dan penghantaran sampel ke makmal Jabatan Kimia.

 

Visi


Jabatan Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan forensik yang berkualiti, dan perkhidmatan perundangan perubatan (Medicolegal) yang efisyen, dan dengan lengkap kos yang efektif.

 

Misi


Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisyen, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (Enviromentally friendly).

 

Waktu Bertugas

 

AKTIVITI

 

MASA BERTUGAS

Urusan penyimpanan dan tuntutan jenazah

24 jam

Urusan melibatkan bedah siasat dan lain-lain urusan rasmi

Isnin-Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang)
(Selepas waktu pejabat, cuti am dan cuti umum, bedah siasat adalah atas arahan Pakar Perubatan Forensik)

 

Prosedur Menuntut Jenazah


1. Mengemukakan *Burial Permit.
2. Menandatangani Buku Pendaftaran Keluar Masuk/Jenazah

*Burial Permit - Sijil yang dikeluarkan oleh pihak hospital untuk mengizinkan pengkebumian jenazah
*Borang B - Borang permohonan sijil kematian yang sah. Borang ini perlu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara.Untuk maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kematian-sabah

3. Menandatangani Buku Penerimaan *Borang B bagi kes yang dibedah siasat

 

Prosedur Memohon Laporan Bedah Siasat


1. Membuat permohonan melalui Unit Medikolegal, Pejabat Rekod Perubatan, Tingkat 4, Bangunan Klinik Pakar
2. Sila sertakan:

  • salinan dokumen pengenalan diri pemohon
  • salinan dokumen pengenalan diri si mati
  • salinan sijil kematian yang disah
  • jumlah bayaran yang ditetapkan

3. Permohonan anda akan diproses dan anda akan dihubungi selepas laporan disiapkan.

 

Notis Penting


Pihak hospital tidak mengenakan bayaran untuk pemeriksaan bedah siasat, penyimpanan jenazah dan penyediaan jenazah sebelum diserahkan kepada waris. Semua perkhidmatan di atas adalah PERCUMA.
Pihak hospital hanya mengenakan bayaran untuk Laporan Bedah Siasat. Sila rujuk prosedur memohon Laporan Bedah Siasat untuk keterangan lanjut.
Pihak hospital tidak menyediakan perkhidmatan mengawet (embalming)
Pihak hospital juga tidak menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan Jenazah
Adalah menjadi hak anda untuk memilih mana-mana Syarikat Pengendali Jenazah untuk menguruskan jenazah saudara-mara anda. Pihak hospital TIDAK mempunyai kaitan dengan mana-mana Syarikat Pengendali Jenazah.

Jabatan Perubatan Forensik


TEL: 088-517 429 EXT: 7221
FAX: 088-225 359

Background Image

Header Color

:

Content Color

: