Header HQE

PUSAT SUMBER TRANSPLAN SABAH

Pengenalan

Ditubuhkan pada tahun 2012 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Dikendalikan oleh Unit Pengurusan Perolehan Organ dan Tisu Transplan Peringkat Wilayah Sabah yang bertanggungjawab ke atas Perkhidmatan Perolehan Organ dan Tisu Kadaverik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi seluruh Sabah, WP Labuan dan Utara Sarawak.

Di peringkat kebangsaan, Pusat Sumber Transplan Nasional terletak di Hospital Kuala Lumpur. Hospital Queen Elizabeth merupakan satu daripada enam buah hospital di seluruh negara yang mempunyai Pusat Sumber Transplan di peringkat negeri masing-masing iaitu di Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Umum Sarawak Kuching.

 

Objektif

i.              Mengukuhkan struktur organisasi di peringkat wilayah.

ii.             Meningkatkan tahap kesedaran di kalangan anggota kesihatan dan orang awam.

iii.            Meningkatkan bilangan pengikrar penderma organ.

iv.           Meningkatkan kadar pendermaan organ dan tisu.

v.            Menyelaras aktiviti perolehan organ dan tisu.

 

Fungsi Pusat Sumber Transplan

i.              Mempromosikan pendermaan organ melalui penyaluran maklumat yang betul mengenai kepentingan pendermaan organ dan transplantasi

ii.             Mendaftarkan pengikrar baru dan mengendalikan data pengikrar bagi seluruh negeri Sabah.

iii.            Menganjurkan aktiviti latihan kepada kakitangan kesihatan mengenai pendermaan organ dan pengurusan perolehan transplant di hospital.

iv.           Memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang melalui kaunseling kemurungan.

v.            Menawarkan peluang kepada waris sekiranya mereka berhasrat untuk mendermakan organ dan tisu ahli keluarga yang telah meninggal.

vi.           Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO’s), Media Massa, institusi pendidikan dan keagamaan dalam menganjurkan kempen dan aktiviti promosi.

 

Lokasi

Aras 1, Kompleks Klinik Pakar (berhadapan dengan Kantin Hospital)

 

Hubungi kami

Telefon: 088-517 555

Laman web: www.dermaorgan.gov.my

Laman Facebook: A Gift of Life Sabah

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: