Header HQE

Unit Kawalan Infeksi

PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi telah ditubuhkan pada tahun 1992. Pada mulanya unit ini berada di Kompleks Perubatan B aras satu dan telah berpindah di Kompleks Perubatan A pada februari 2002. Pada tahun 2014 Unit ini telah berpindah ke Aras 10 Menara berkembar  dan pada tahun 2017 berpindah semula ke  Kompleks Perubatan A  bersebelahan dengan Unit Dialisis.

Pada September 2001 seorang doktor Kawalan Infeksi telah dilantik untuk mengetuai Unit Kawalan Infeksi dan dibantu oleh dua Jururawat Kawalan Infeksi yang dipinjam dari unit pengurusan. Pada Julai 2005, seorang Ketua Jururawat telah dilantik sehingga kini. Hari ini Unit ini mempunyai seorang Doktor Kawalan Infeksi, Seorang Penyelia Jururawat Kawasan, seorang Ketua Jururawat, empat orang Jururawat Kawalan Infeksi, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan infeksi diperingkat hospital dan diperingkat negeri.

 

OBJEKTIF 

 

Umum

  • Mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial

 

Khusus

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja berkaitan dengan kawalan infeksi melalui pembelajaran yang berterusan.
  • Melindungi warga kerja daripada sebarang jangkitan nosokomial dan kecederaan semasa bertugas.

 

VISI

Unit Kawalan Infeksi Hospital Queen Elizabeth akan menjadi pusat rujukan negeri untuk mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial sesuai dengan perkembangan perubatan semasa.

 

MISI 

Sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan memastikan program kawalan infeksi dilaksanakan selaras dengan polisi dan garis panduan kawalan infeksi yang terkini agar kualiti penjagaan pesakit lebih di utamakan ke arah masyarakat yang sihat.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Membangun, melaksana dan memantau kepatuhan polisi dan garis panduan kawalan infeksi  
  • Bertindak sebagai penasihat kepada semua anggota hospital di dalam isu kawalan jangkitan hospital.
  • Mencegah dan mengawal infeksi
  • Membuat National Surveillance dari KKM

          4.1 Pemantauan HA Multidrug Resistance Organisms (MDRO) 

          4.2 Point Prevalence Survey  

          4.3 Period Blood Stream Infection 

          4.4 Hand Hygiene Audit  

          4.5 Central Venous  Catheter Care Bundle

          4.6 Infection Prevention and Control Audit

          4.7 Hand Hygiene Self- Assessment Survey Framework

  • Membuat Rondaan wad
  • Memberi Pendidikan kesihatan kepada anggota hospital secara formal dan tidak formal
  • .Mengada Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik
  • Membantu dalam penyelidikan kawalan infeksi
  • Melakukan Air Sampling dan Particle Count

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: