Header HQE

UNIT KEJURURAWATAN

 

Pengenalan

Pada dahulunya,Unit Kejururawatan dikenali sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kumpulan sokongan teknikal hospital dan terletak di Kompleks A Hospital Queen Elizabeth. Pada tahun 2007 ianya dikenali sebagai sebuah Unit Kejururawatan dan kini terletak di Kompleks E bangunan Klinik Pakar Baru. Kejururawatan berperanan sebagai Unit Pengurusan hal ehwal Jururawat. Perkhidmatan Unit ini meliputi gred U11 sehingga gred U42 berjumlah 972 dan juga menyelaras perkhidmatan bagi Pembantu Perawatan Kesihatan berjumlah 338. Kejururawatan dianggotai seramai 10 orang iaitu diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat, dibantu dengan 2 orang Penyelia Jururawat, 4 orang Jururawat Bersepadu, 2 Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Pembantu Tadbir.

 

Visi

Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang cemerlang demi membantu pelanggan menikmati kehidupan yang berkualiti mengikut keupayaan masing-masing.

 

Misi

Mengekalkan dan meningkatkan prestasi profesion kejururawatan pada tahap yang unggul demi kecemerlangan perkhidmatan kejururawatan melalui pengalaman budaya korporat dan peningkatan kualiti yang berterusan

 

Objektif

Menyediakan penjagaan kejururawatan holistik dan pemulihan yang cekap, berkualiti dan menyeluruh agar pesakit dapat dipulihkan dengan cepat dan dapat mengekalkan tahap kebolehan yang optima

 

Skop Perkhidmatan

  • Memberi perkhidmatan kejururawatan terhadap pesakit di hospital ini.
  • Merancang keperluan perjawatan kejururawatan.
  • Membuat penempatan kakitangan bersama pihak pengurusan.
  • Membuat perancangan tahunan program Latihan dan Kursus dalam perkhidmatan bagi semua kategori kakitangan. Memberi latihan berterusan kepada kakitangan baru dan bawahan.
  • Menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.

Piagam Pelanggan

Kami berikrar akan memberi perkhidmatan cepat, cekap dan bermutu berlandaskan perkhidmatan penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
Perkhidmatan akan diberi dalam tempoh seperti berikut:-

  • Memberi layanan kepada setiap anggota hospital yang datang berurusan di Unit Kejururawatan. 15 Minit
  • Pengedaran surat-surat rasmi jabatan ke unit berkaitan. 2 Hari
  • Pengedaran pekeliling rasmi kerajaan ke unit-unit berkaitan. 2 Hari
  • Menaip semua surat-surat rasmi yang diarah oleh Penyelia Jururawat.1 Hari
  • Menyiasat dan membalas tindakan aduan dalaman / luaran yang berkaitan. 7 Hari
  • Menjawab surat-surat yang diterima berkaitan dengan unit pengurusan dan lain-lain bahagian oleh Penyelia Jururawat. 1 Hari.

FAQs

  • Apakah perkhidmatan dalam bidang jururawat?
  • Sentiasa siap bersedia 24 jam untuk berkhidmat semasa kecemasan , bencana alam , malapetaka dan sebagainya.
  • Apakah fungsi Unit Kejururawatan?
  • Membantu dan mengambil bahagian di dalam perancangan pembangunan / pengubahsuaian terutama di dalam merancang keperluan anggota kejururawatan.
  • Adakah kejururawatan terlibat dalam pendidikan?
  • Ya. Ia juga terlibat dalam merancang , menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan.
  • Apakah Unit Kejururawatan lakukan terhadap anggota baru yang baru bertukar masuk ke Hospital Queen Elizabeth?
  • Unit Kejururawatan akan mengatur dan membuat penempatan anggota bertugas ke Unit / Wad yang sesuai dengannya, memberi orientasi dan Program mento mentee.
  • Adakah Unit ini memberi informasi isu-isu semasa kepada anggota di bawah jagaannya?
  • Ya. Unit ini sentiasa memberitahu / memberi keterangan kepada semua anggota kejururawatan tentang kemajuan dan perubahan dalam bidang kejururawatan dari masa ke semasa.
  • Bagaimanakah makluman boleh sampai di peringkat Unit / wad?
  • Unit ini akan mengedarkan surat perkeliling, surat pengumuman untuk perhatian anggota kejururawatan sebagai makluman dan tindakan.
  • Apakah tindakan diambil jika hospital tidak mencukupi anggota kejururawatan?
  • Unit ini akan kemukakan permohonan perjawatan tambahan anggota kejururawatan kepada Penyelia Jururawat Negeri di masa yang ditetapkan.
  • Apakah bimbingan yang selalu diberikan oleh Unit Kejururawatan?
  • Unit ini sentiasa memberi nasihat / bimbingan dan bantuan kepada pentadbiran hospital di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan bidang kejururawatan dan perawatan pesakit.
  • Bagaimanakah unit ini mengatur anggota kejururawatan yang ada pos basik?
  • Unit ini menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan di bidang tertentu ditempatkan / digunakan di unit yang berkaitan.
  • Apakah keistimewaan peluang kepada anggota jururawat?
  • Anggota kejururawatan diberi peluang kerjaya yang mencukupi melalui latihan atau latihan semula , penempatan dan kenaikan pangkat.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: