Header HQE

UNIT KEJURUTERAAN

Skop Fungsi Dan Bidang Tugas

Unit Kejuruteraan (Operasi) HQE berfungsi untuk memantau dan memastikan perkhidmatan penswastaan untuk 5 servis syarikat konsesi Faber Medi-Serve dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi dan HSIP yang telah yang telah dipersetujui agar khidmat dan operasi setiap jabatan/unit/wad/klinik berjalan lancar

 

Tanggungjawab;

Bertanggungjawab kepada Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan), Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Ketua Unit Kejuruteraan Negeri (Operasi Hospital) dan Pengarah Hospital untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi. Menerima dan mematuhi arahan – arahan berbentuk teknikal dari Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan), dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Tugas-Tugas Utama

i. Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan (PPM) dan pelaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan Hospital oleh Syarikat-syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.
ii. Membuat lawatan pemantauan dalam hospital bersama pengarah hospital dan dan wakil syarikat konsesi Faber Medi-Serve mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi tujuan pemeriksaan perkhidmatan sokongan.
iii. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
iv. Membantu dalam pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan (PEP)’ dengan menyemak permohonan BER 1 oleh syarikat konsesi dan seterusnya membuat laporan BER 2 untuk menyokong pelupusan bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal, dan biomedikal yang berkaitan.
v. Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi perkhidmatan Kejuruteraaan Hospital dikemaskini serta berkesan.
vi. Membantu melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (Customer Feedback Survey) dan menyediakan laporan penilaian prestasi (Contractor Performance Assessment) Syarikat-syarikat Konsesi dua kali setahun.
vii. Membantu pihak hospital dalam pengurusan aset kerajaan dan penyediaan laporan pengurusan aset.
viii. Membantu menyediakan anggaran fi perubahan kerja (Variation Order) apabila perlu untuk Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksanakan oleh Syarikat-syarikat Konsesi.
ix. Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayaran atau penalti.
x. Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital, kerja-kerja kecil (minor work) kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
xi. Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan penilaian keadaan, laporan kejadian dan menyiasat aduan – aduan berkaitan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.
xii. Membantu menjalankan proses mobilisasi Khidmat Sokongan Hospital dan penyerahan milik hospital/fasiliti baru dibawah penswastaan khidmat sokongan hospital.
xiii. Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pemasangan, loji, dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) bagi hospital/fasiliti baru.
xiv. Membantu menyelia dan menyelaras maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor.
xv. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan di antara Pengarah, Syarikat-syarikat Konsesi dan pihak-pihak lain yang berkenaan dari semasa ke semasa.
xvi. Membantu menyemak maklumat berkaitan yuran perkhidmatan hospital atau fasiliti baru dan hospital gantian kepada Syarikat-syarikat Konsesi.
xvii. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: