Header HQE

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

 

Pengenalan

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu khidmat Sokongan Klinikal di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Ketua Unit adalah Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S54 dibantu oleh satu (1) pegawai Gred S48, dua (2) Pegawai Gred S44, tiga (3) Pegawai Gred S41 dan seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. Objektif Unit adalah memberi perkhidmatan biopsikososial dan kebajkan spesifik kepada pesakit dan / keluarga mereka agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah sosial yang dihadapi mereka. Unit ini menggunakan strategi bekerjasama dengan ahli pasukan rawatan yang lain secara pendekatan kumpulan (Teamwork Approach) supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada para pesakit di hospital ini.

 

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Terapi Sokongan

Perkhidmatan Terapi Sokongan melalui intervensi krisis, khidmat nasihat, kaunseling individu dan kumpulan serta terapi keluarga. Terapi sokongan ini berhubung kait dengan isu-isu emosi dan psikologi pesakit dengan tumpuan utama ialah membantu mengurangkan tekanan emosi pesakit / keluarga ketika berhadapan dengan situasi krisis serta isu-isu sosial akibat penyakit yang dihadapi mereka.


Perkhidmatan Bantuan Praktik
Perkhidmatan Bantuan Praktik memberi tumpuan mendapat bantuan kebajikan dan kewangan bagi membolehkan pesakit menjalani rawatan dan pemulihan yang disyor oleh pihak Pakar. Lain-lain Bantuan Praktik meliputi urusanDischarge Planning dan Penempatan Institusi bagi pesakit kronik yang tiada waris, tidak di terima keluarga atau keluarga tidak dapat dikesan, bantuan peralatan perubatan, pendaftaran Orang Kurang Upaya dan sebagainya. Aktiviti bantuan kebajikan juga melibatkan pengurusan pesakit bagi rawatan lanjut ke Kuala Lumpur dan Sarawak.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: