Header HQE

UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN

 

Pengenalan

Unit Kesihatan Persekitaran hospital diwujudkan mulai tahun 2003 melalui perlantikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) U32 di beberapa hospital di seluruh negara. Pada tahun 2006, Unit Keselamatan dan Kesihatan telah diwujudkan secara rasmi di Hospital Queen Elizabeth I yang dianggotai oleh PPKP dan Penolong Pegawai Keselamatan. Walau bagaimanapun, disebabkan unit ini mempunyai skop kerja yang berbeza maka unit ini telah dibahagikan kepada dua iaitu Unit Kesihatan Persekitaran (UKP) dan Unit Keselamatan. Unit Kesihatan Persekitaran kemudiannya dikenal sebagai Unit Kesihatan Awam (UKA) di Hospital Queen Elizabeth I bermula tahun 2012. UKA dikendalikan oleh PPKP bagi membantu menyelaras perkhidmatan kesihatan yang praktik dan berkesan kepada anggota/kakitangan hospital serta pelanggan dalam bidang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit agar tidak berlaku perebakan penyakit. Pada masa kini, UKA dianggotai oleh seorang PPKP U32 dan dua orang PPKP U29. Seorang Pembantu Kesihatan Awam (PKA) U17 mula ditempatkan di unit ini bermula September 2012. Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) sambilan juga ditempatkan di unit ini bagi membantu kerja-kerja am dalam UKA.

 

Skop Perkhidmatan

Kawalan Penyakit Berjangkit

merancang dan melaksanakan segala langkah pencegahan dan pengawalan bagi setiap penyakit agar tidak menular kepada pesakit-pesakit lain, anggota dan orang awam semasa di dalam hospital.

Kawalan Vektor

Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor.

Keselamatan dan Kualiti Makanan

Menjalankan pemantauan bagi memastikan bahawa semua makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat untuk dimakan dan mematuhi perundangan serta memastikan semua pengendali makanan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

Keselamatan (Safety) dan Kesihatan Pekerjaan

Merancang, melaksanakan dan memantau program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di hospital.

Penguatkuasaan

Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: