Header HQE

UNIT KUALITI

 

Pengenalan

Unit Kualiti ditubuhkan pada 1/1/2000. Ia berfungsi sebagai pusat pengendalian semua aktiviti -aktiviti kualiti yang dijalankan di Hospital ini. Unit ini mula menjalankan aktivitinya berpusat di bangunan Post Graduate Medical Centre (PGMC) berhampiran dengan Seksyen Perpustakaan Perubatan dan Unit Promosi Kesihatan Tingkat Satu dan telah berpindah ke Bangunan Pejabat Pentadbiran Lama, Hospital Queen Elizabeth pada tahun 2008.

 

Objektif

Menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti Kualiti Hospital supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Hospital, Jabatan dan Kementerian.

 

Visi

Unit Kualiti akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan sumber dalam peningkatan Aktiviti Kualiti Hospital Queen Elizabeth.

 

Misi

Unit Kualiti HQE berhasrat untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang melalui:

  • Penglibatan dalam pelbagai jenis aktiviti peningkatan kualiti.
  • Menyelaraskan latihan dalam mewujudkan anggota yang efisien, efektif, kompetent, selamat dan penyayang.

 

Fungsi-fungsi

Fungsi Utama :

  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti.
  • Menyelaraskan mesyuarat kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Kualiti Hospital sepertimana diarahkan oleh Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital. (Klinikal / Pengurusan)
  • Menfailkan semua laporan-laporan daripada 25 aktiviti kualiti.
  • Melaporkan kepada Pengarah Hospital / Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal & Pengurusan) tentang laporan-laporan aktiviti kualiti yang telah disediakan oleh setiap pengerusi aktivit kualiti. (mengikut jadual yang ditetapkan/bila diperlukan).
  • Memastikan semua Koordinator Kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti dijalankan.
  • Mengkoordinasi dan menjalankan aktiviti kualiti seperti kursus atau Bengkel MS ISO dan Akreditasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Mengawasi, melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Mendokumentasi serta menfailkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pentauliahan hospital iaitu mengekalkan MS ISO 9001 dan mendapat pengtauliahan Akreditasi.
  • Penghantaran laporan terkini Jawatankuasa Pelaksana Kualiti serta aktiviti-aktiviti kualiti ke JKNS dan KKM mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan
  • Menyediakan bahan-bahan rujukan kualiti kepada pelanggan (Warga Hospital Queen Elizabeth) serta mempamerkan bahan-bahan kualiti pada Hari Kualiti HQE.
  • Mengkoordinasikan Persidangan Kualiti sebagai aktiviti tahunan

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra , hormat dan bersopan santun, ikhlas dan cekap.
  • Memberikan perkhidmatan terhadap perkara-perkara berikut :-
    • menyediakan program serta surat jemputan ceramah / bengkel / mesyuarat dalam jangka masa tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan.
    • mengedarkan program / surat-surat berkenaan seminggu sebelum program / mesyuarat diadakan.
    • menyiapkan / memberikan minit mesyuarat dalam masa tujuh (7) hari selepas mesyuarat diadakan.
  • Memberikan maklumat / maklumbalas yang diperlukan oleh pelanggan tentang aktiviti kualiti dengan serta - merta bagi maklumat yang sedia ada atau menyediakannya dalam jangka masa tiga (3) hari.
  • Menyediakan laporan / maklumbalas program dalam masa empat belas (14) hari selepas program tersebut diadakan..

Background Image

Header Color

:

Content Color

: