Header HQE

 

UNIT PERUBATAN TRANSFUSI

PENGENALAN

Unit Perubatan Transfusi (UPT) merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang sebelum ini beroperasi sebagai Unit Tabung Darah di bawah Jabatan Patologi, HQE. Mulai tahun 2015 Unit ini telah berpisah secara rasmi dari Jabatan Patologi dan diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Transfusi serta dibantu oleh Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Paramedik serta Pemandu. Unit ini terletak di Kompleks D bersebelahan dengan Unit Perkhidmatan Pra Hospital HQE.

SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini kini menawarkan perkhidmatan Perubatan Transfusi yang merangkumi :

1. Perolehan Pendermaan Darah dan Pengurusan Penderma.
    a. Pendermaan Darah secara walk in
    b. Pendermaan Darah Bergerak (mobile blood donation)
    c. Pendermaan Darah Autologous

2. Perkhidmatan makmal dan pembekalan darah – Makmal Perubatan Transfusi

3. Perkhidmatan Perubatan Transfusi Klinikal.

4. Perkhidmatan Hemovigilans

5. Pengurusan Kualiti


Waktu operasi Unit Perubatan Transfusi untuk pendermaan secara walk in adalah seperti berikut :

Isnin hingga Jumaat  08:00 pg – 17:00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti

Umum TUTUP

(kecuali setelah mendapat kelulusan lanjutan waktu operasi daripada Pengarah Hospital ketika stok darah kritikal (terutama musim perayaan / cuti persekolahan panjang) .


Waktu operasi Makmal Perubatan Transfusi : 24 jam (ujian makmal yang dijalankan selepas waktu kerja adalah tertakluk kepada ujian-ujian tertentu sahaja).

Bagi memenuhi keperluan darah dari masa ke semasa, kempen derma darah bergerak (mobile) dijalankan setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am mengikut kesesuaian penganjur untuk kemudahan orang awam menderma darah di luar kawasan hospital (jadual mobile sentiasa dikemaskini di laman facebook Unit
Perubatan Transfusi dan di papan kenyataan di hadapan pintu masuk Unit).

VISI

Ke arah Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang berkualiti dan selamat dalam mengoptimakan perawatan pesakit serta keselamatan penderma darah sejajar dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


MISI

Memberikan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang cemerlang dan berkualiti dengan memupuk semangat kerja berpasukan, berhemah, professional yang disokong dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama dengan lain-lain jabatan/unit bagi menjalankan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan demi kesejahteraan pesakit, penderma-penderma darah dan seluruh masyarakat.


OBJEKTIF

1. Mewujudkan pool of safe donors dengan menggalakkan pendermaan darah secara sukarela [voluntary non remunerated blood donors (VNRBD)] di kalangan masyarakat.
2. Sentiasa memastikan bekalan darah yang selamat dan berkualiti untuk kegunaan semua pesakit.
3. Menggabungkan progam Quality Assurance di dalam semua prosedur yang melibatkan Perkhidmatan Perubatan Transfusi.
4. Menggalakkan amalan transfusi yang baik (Good Transfusion Practice) mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


PIAGAM PELANGGAN

Kewajipan Kakitangan Unit :

a. Memastikan setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
b. Memastikan pendaftaran penderma, pemeriksaan darah, kaunseling dan pendermaan darah dilakukan dalam masa 45 minit.
c. Menjaga keselamatan dan kesihatan penderma-penderma darah sepanjang proses pendermaan.
d. Memastikan kerahsiaan semua keputusan ujian penderma darah.
e. Setiap penderma darah berwarganegera Malaysia dan pemastautin tetap akan mendapat keistimewaan rawatan di hospital kerajaan mengikut kekerapan menderma.
f. Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan produk darah yang berkualiti dan selamat pada masa yang diperlukan.
g. Tempoh mendapatkan bekalan darah dari Unit Perubatan Transfusi adalah seperti berikut :
     ➢ Safe “O” : Segera (immediate)
     ➢ Urgent crossmatch : 15 minit
     ➢ Full Group and Crossmatch : 2 jam
h. Setiap perkhidmatan yang diberi akan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh Sistem Kepastian Kualiti


Kewajipan Pelanggan :

a. Memberikan maklumat yang betul dan sahih.
b. Memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kelancaran perkhidmatan.
c. Pendermaan haruslah secara sukarela dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
d. Mesti memberikan pengakuan yang benar berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup.
e. Membawa pengenalan diri yang asli seperti MyKad atau Pasport (dengan visa yang masih berlaku) yang ditunjukkan kepada kakitangan Unit sewaktu diminta.
f. Memastikan Borang Pendermaan Darah PDN 3/2014 (untuk penderma darah) atau Borang Permohonan Transfusi Darah PER-SS-BT-105 Pind 1/2016 (untuk pemohon darah) telah lengkap diisi dan ditandatangani.
g. Mematuhi arahan yang diberikan oleh kakitangan Unit tentang peraturan yang perlu dilakukan sebelum proses pendermaan darah sehingga habis pendermaan darah.
h. Menggunakan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: