Header HQE

UNIT PROMOSI KESIHATAN

Latar Belakang Unit Promosi Kesihatan

Konsep pendidikan pesakit mula diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada Rancangan Malaysia ke Lima (1986-1990) dengan penubuhan Unit Pendidikan Pesakit di 10 buah hospital besar di Malaysia termasuk Hospital Queen Elizabeth pada tahun 1989.Ketika mula beroperasi Unit Pendidikan Pesakit HQE terletak di bangunan Tower Block bersebelahan dengan PGMC lama. Pada Tahun 1998,Unit Pendidikan Pesakit berpindah ke Bangunan PGMC HQE yang baru.

Pada tahun 2000, unit ni telah ditukar nama kepada Unit Promosi Kesihatan bagi memperluaskan lagi skop promosi kesihatan di hospital dan negeri Sabah .Antara tujuannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan pesakit,keluarga,orang awam dan kakitangan hospital.Pada permulaannya , unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai (S3) dan seorang jururawat U29. Pada tahun 1991,unit ini mula berkembang dengan pertambahan pos Pegawai Promosi Kesihatan S48 dan S41/44. Penempatan anggota sokongan teknikal seperti Pereka, Ahli Fotografi dan Pembantu Tadbir. Di samping itu,anggota sokongan klinikal juga ditambah bagi menjalankan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok dan Program Pendidikan Pesakit.

 

Objektif

1. Memberikan perkhidmatan promosi kesihatan ke arah perubahan tingkahlaku positif.

2. Berfungsi sebagai Pusat Sumber Promosi Kesihatan di hospital yang menyokong program klinikal di hospital.

 

Visi

Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berfokus kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

 

Misi

1. Komited untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan kepada pesakit ahli keluarga dan komuniti kearah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

2. Sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif kearah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

 

Fungsi - Fungsi Utama (Umum) Unit Promosi Kesihatan

1. Mengurus tadbir aktiviti promosi kesihatan & pendidikan pesakit

2. Melaksanakan hari-hari khas kesihatan 

3. Menyediakan penerbitan bahan-bahan promosi kesihatan dan pendidikan pesakit

4. Mengurus perkhidmatan berhenti merokok

5. Latihan kakitangan

 

Aktiviti - Aktiviti (Khusus) Bagi  Fungsi - Fungsi Utama Unit Promosi Kesihatan

1. Pendidikan Pesakit

Pelanggan akan diberi penerangan dan kaunseling tentang penyakit yang dihidapi mengikut tahap dan topik yang sesuai bagi membolehkan mereka memahami serta menjaga kesihatan dengan sewajarnya dalam menjalani kehidupan.

2. Penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan

Unit Promosi Kesihatan bertanggungjawab menerbitkan dan mengedarkan bahan- bahan pendidikan seperti risalah,poster dan bahan pameran  untuk menyokong aktiviti pendidikan pesakit serta aktiviti -aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan di Jabatan-Jabatan klinikal hospital dan dipamerkan di ruang legar hospital. 

3. Pelaksanaan Hari-hari Khas Kesihatan

Melaksanakan sambutan hari-hari khas kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 

4. Perkhidmatan Berhenti Merokok

Pelanggan Klinik Berhenti Merokok akan memberi persetujuan untuk mengikuti sesi penerangan dan nasihat individu. Kaunseling dan ubat-ubatan akan diberi untuk membantu perokok.

5. Latihan

Unit Promosi Kesihatan juga akan berperanan menyediakan bahan-bahan latihan yang berkualiti berhubung pendidikan pesakit yang dikongsi bersama dengan lain-lain professional peringkat  hospital.

 

JADUAL KLINIK BERHENTI MEROKOK

Isnin – Jumaat

8 am-5 pm

(hanya pada waktu pejabat)

 

FAQs

Bagaimanakah caranya mendapatkan rawatan di Kinik Berhenti Merokok?

Anda boleh datang sendiri ke Klinik Berhenti Merokok yang terletak di Unit Promosi Kesihatan, Bangunan PGMC HQE secara individu atau melalui rujukan daripada doktor

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: