Header HQE

UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

Unit adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam menjamin kehidupan sihat dan sejahtera.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dan kakitangan hospital secara efektif.
  • Meningkatkan potensi dan kecemerlangan kendiri di kalangan kakitangan hospital melalui program Pembangunan Modal Insan.

WAKTU BEROPERASI
Perkhidmatan Kaunseling
Isnin - Jumaat - 8.00 pg - 12.30 tengah hari : 2.00 ptg - 5.00 petang
Perkhidmatan Intervensi Psikososial
Khamis - Jumaat - 8.00 pg - 12.00 tengah hari : 2.00 ptg - 5.00 petang

 

Visi

  • Meningkatkan dan mengembangkan tahap keprofesionalan Pegawai Psikologi melalui pembelajaran berterusan selaras dengan perkembangan perubatan masa kini.
  • Meningkatkan peranan perkhidmatan psikologi kaunseling dalam melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan penekanan kesihatan mental yang sempurna.
  • Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan melalui pendekatan psikologi dan kaunseling ke arah meningkatkan produktiviti ke tahap yang maksimum.

 

Misi

Mengembangkan perkhidmatan kaunseling secara lebih profesional, efektif dan cekap dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti terhadap rawatan pesakit dan klien.

 

Piagam Pelanggan

  • Memastikan setiap kes yang dirujuk oleh Peg.Perubatan/Ketua Jab/Ketua Unit/Ketua Jururawat dilaksanakan dalam masa seminggu kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur, ikhlas dan secara profesional.
  • Setiap sesi kaunseling mengambil masa selama 40 minit sehingga 1 jam.
  • Setiap pelanggan mempunyai hak menerima atau menolak sesuatu prosedur rawatan yang dicadangkan dalam sesuatu sesi kaunseling yang dijalankan.
  • Memastikan matlamat dalam sesi kaunseling dirahsiakan dan dikendalikan mengikut Amalan Kaunseling Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Kaunselor dan pelanggan harus bekerjasama dan saling menghormati antara satu dengan lain semasa sesi kaunseling dijalankan.
  • Mengendalikan tidak kurang dari tiga (3) kaunseling pada bila-bila masa pejabat.

 

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Kaunseling( Kes klinikal - Kes OSCC, Cubaan bunuh diri, mangsa penderaan, rehabilitasi pesakit psikiatri, pesakit kronik,kemurungan)

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling perkahwinan
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Tele-kaunseling
Perkhidmatan Ujian Psikologi
  • Ujian Personaliti TAJMA
  • Inventori Personaliti Warna
  • Inventori Personaliti Sidek
Perkhidmatan Intervensi Psikososial
  • Program Motivasi dan Peningkatan Kendiri
  • Bengkel Pengurusan Stres
  • Kursus Kemahiran Asas Kaunseling ( Kemahiran Profesion Menolong)
  • Seminar Budaya Kerja Cemerlang
  • Bengkel Mengurus Krisis dan Konflik
  • Latihan Asertif
  • Bengkel Kemahiran Komunikasi
  • Bengkel Pengurusan Masa Berkesan
  • Program Kaunseling Tempat Kerja ( Program Membantu Pekerja - PMP )
Perkhidmatan Perundingan
  • Kemahiran Pengurusan Kemarahan
  • Memberi kemahiran kepada pegawai dalam menangani pegawai berprestasi rendah dan bermasalah
  • Memberi kemahiran mengurus konflik di tempat kerja
  • Mempertingkatkan motivasi kakitangan
Perkhidmatan penyeliaan dan penyelidikan
  • Menyelia pelajar yang menjalankan latihan praktikum dalam bidang psikologi kaunseling dari Institusi Pengajian Tinggi.
  • Menjalankan penyelidikan dalam sains tingkah laku manusia.
  • Penyediaan statistik setiap bulan bagi perkhidmatan kaunseling.

 

FAQs

  • Apakah Perkhidmatan kaunseling di hospital ?
  • Perkhidmatan kaunseling di hospital masih dianggap satu cabang disiplin yang baru dan skop perkhidmatan masih agak terhad kepada pesakit dan kakitangan hospital yang dirujuk. Unit Psikologi Kaunseling, HQE telah diwujudkan pada akhir tahun 2002 dan semakin berkembang perkhidmatan tersebut, selaras dengan keperluan semasa . Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunseling Individu, keluarga, Ujian Psikologi, Intervensi Psikososial, Perundingan dan penyeliaan serta penyelidikan.
  • Mengapa perlu perkhidmatan kaunseling ?
  • Secara umumnya, manusia memerlukan perkhidmatan kaunseling kerana mereka sebenarnya merasakan perlunya bantuan /sokongan daripada khidmat profesional dalam menghadapi krisis atau masalah. Selain itu, mereka memerlukan bimbingan agar dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.
  • Apakah yang akan dilakukan oleh Pegawai Psikologi ( Kaunselor) dalam mengendalikan sesi kaunseling?
  • Seorang kaunselor telah dilatih dalam kemahiran mendengar dan membimbing klien melalui proses kaunseling dalam menghadapi isu atau krisis. Kaunselor akan membina perhubungan teraputik dan selamat bagi menggalakkan klien meluahkan perasaan tanpa rasa terancam. Perkara yang amat penting adalah dalam kehidupan, klien seharusnya bertanggungjawab mengubah dan mengatasi permasalahan klien itu sendiri dan kaunselor akan menyediakan kaedah yang sesuai dalam pendekatan psikologi kaunseling bagi membantu klien mengubah hidup melalui kesedaran kendiri.
  • Berapa kali sesi kaunseling yang perlu dihadiri oleh seseorang klien?
  • Sesi kaunseling merupakan satu proses bagi seorang klien menilai dirinya dan masalah yang dialami secara berperingkat melalui bimbingan Kaunselor. Namun jumlah sesi adalah bergantung pada klien dan isu yang dihadapi. Biasanya dalam 3-4 sesi kaunseling.
  • Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling ?
  • Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di HQE iaitu melalui rujukan Pegawai Perubatan/ketua jabatan/unit kepada pesakit atau klien yang dirujuk. Bagi klien yang datang secara sukarela boleh datang terus ke Unit Psikologi Kaunseling bagi mendapatkan temujanji (terhad kepada kakitangan HQE sahaja). Perkhidmatan Tele-kaunseling turut disediakan kepada klien yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling melalui telefon dan emel.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: