Header HQE

UNIT SAJIAN DAN DIETETIK


Pengenalan

Unit Sajian dan Dietetik Bertindak sebagai unit rujukan untuk Perkhidmatan Dietetik bagi pesakit dalam dan pesakit luar serta Perkhidmatan Sajian bagi pesakit dalam.

Memberi perkhidmatan pakar pemakanan klinikal meliputi penyembuhan, pemulihan dan paliatif.

Bertindak sebagai unit yang sentiasa mengendalikan latihan terkini untuk membangunkan sumber manusia terlatih.


Visi

Unit Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat yang menyediakan Perkhidmatan Dietetik dan Perkhidmatan Sajian yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggota yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan.


Misi

Unit Dietetik dan Sajian berhasrat untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang melalui :-

  •     Pengwujudan Perkhidmatan Dietetik merangkumi perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar, manakala Perkhidmatan Sajian yang merangkumi perkhidmatan pesakit dalam sahaja dengan penekanan terhadap kemuliaan insan.
  •     Perkhidmatan penggalakkan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan paliatif.
  •     Pencapaian sumber tenaga manusia yang berdedikasi, terlatih, cekap dan penyayang melalui latihan yang berterusan.

 


Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.

  •     Makanan akan disediakan 30 minit sebelum diedarkan.
  •     Semua hidangan / makanan yang disediakan adalah mengikut menu, bermutu, bersih, segar, mencukupi dan halal.

 

Jadual waktu hidangan bagi pesakit dalam wad

Sarapan Pagi    7.00 pagi - 8.00 pagi
Makan Tengahari    12.00 tengahari - 1.00 petang
Minum Petang    3.00 petang - 4.00 petang
Makan Malam    6.00 petang - 7.00 malam



FAQs

 

  •     Bagaimana pesakit boleh mendapatkan khidmat Pegawai Dietetik?

    Pesakit perlu di rujuk oleh Pegawai Perubatan untuk mendapatkan khidmat Pegawai Dietetik.

 

  •     Adakah makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah sesuai dengan penyakitnya?

    Ya, makanan yang dihidang kepada pesakit adalah sesuai dengan penyakitnya dan penyediaan hidangan ini dipantau oleh Pegawai Dietetik yang kompeten.

 

  •     Adakah hidangan yang disediakan untuk pesakit di dalam hospital selamat untuk dimakan?

    Ya, hidangan yang disediakan untuk pesakit dalam hospital adalah selamat untuk dimakan kerana setiap proses dalam penyediaan hidangan adalah dikawal dari segi keselamatan dan kebersihannya.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: