Header HQE

UNIT PERUBATAN TRANSFUSI

Pengenalan

Unit Perubatan Transfusi (UPT) diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Transfusi, dibantu oleh  Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Paramedik serta Pemandu dan merangkumi Seksyen Perolehan (procurement) dan Makmal Perubatan Transfusi (crossmatching). Unit ini terletak di Kompleks Perubatan D bersebelahan dengan Unit Perkhidmatan Pra Hospital dan Jabatan Patologi HQE.

i) Seksyen Perolehan:

Ini merupakan seksyen yang mana penderma darah boleh datang menderma secara berkala.  Pada masa yang sama, seksyen ini juga bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan dan promosi berkenaan pendermaan darah kepada orang awam . Seksyen ini terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Masa perkhidmatan  pendermaan darah adalah seperti berikut: 

Unit Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth

Isnin-Jumaat

8.00 pagi - 5.00 petang 

Sabtu/Ahad/Cuti Umum

TUTUP

 

Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II

Isnin-Jumaat

8.00 pagi - 8.00 malam

Sabtu

9.00 pagi- 1.00 petang

Ahad/Cuti Umum

TUTUP

 

Bagi memenuhi keperluan darah dari masa ke semasa, kempen derma darah bergerak (mobile) dijalankan setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am mengikut kesesuaian penganjur untuk kemudahan orang awam menderma darah di luar kawasan hospital. 

ii) Makmal Perubatan Transfusi


Makmal ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan dan terdiri daripada seorang Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan dan sepuluh orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP). Makmal ini dibuka 24 jam setiap hari dan berfungsi melakukan ujian keserasian darah untuk memastikan darah penderma adalah serasi (compatible) dengan darah pesakit sebelum transfusi darah dilakukan. Makmal ini juga menawarkan perkhidmatan ujian-ujian immunohematologi ringkas seperti blood grouping, direct antiglobulin (direct Coombs') test, indirect antiglobulin (indirect Coombs') test dan juga menjalankan penyiasatan reaksi transfusi pesakit. Selain daripada ujian-ujian tersebut, makmal ini juga mengumpul maklumat penggunaan darah dan memantau aktiviti-aktiviti transfusi darah di HQE. Makmal ini juga berfungsi membekalkan darah dan komponen darah kepada enam hospital swasta di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

iii) Unit Pengurusan

Unit ini bertanggungjawab ke atas segala perkara yang berkaitan dengan pengurusan seperti keselamatan, kebersihan, penyelenggaraan, pengurusan harta, kewangan pembelian dan perolehan bekalan, sistem pengkomputeran dan lain-lain perkhidmatan am.

iv) Unit Kualiti/Klinikal

Unit ini mengkordinasi dan memantau semua aktiviti kualiti, termasuk penjagaan sistem pengurusan kualiti unit dan hospital.

 

Visi

Sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan utama negeri Sabah di bidang Perubatan Transfusi.

 

Misi

Unit Perubatan Transfusi, Hospital Queen Elizabeth sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan, berhemah, profesional yang didokong dengan sifat menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama di antara lain-lain institusi samada dalam atau luar negara bagi menjalankan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan pesakit, penderma-penderma darah, individu-individu di dalam penjagaan kesihatan dan masyarakat amnya.

 

Objektif

§  Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat.

§  Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai amalan prosedur saringan serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa.

§  Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai.

§  Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan

 

Piagam Pelanggan

§  Setiap penderma akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.

§  Pendaftaran, pemeriksaan darah, kaunseling dan pengambilan darah dilakukan dalam masa 45 minit.

§  Setiap penderma yang bermasalah akan dihubungi untuk kaunseling dan pemeriksaan lanjut

§  Semua keputusan ujian saringan terhadap penderma adalah SULIT.

§  Setiap penderma darah (warganegara Malaysia sahaja) akan mendapat keistimewaan rawatan hospital kerajaan mengikut kekerapan menderma.

§  Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan produk darah yang berkualiti dan selamat tepat pada masa yang diperlukan.

§  Tempoh mendapatkan bekalan darah dari Unit Perubatan Transfusi adalah seperti berikut :

  1. Safe "O"                               : Segera (immediate)
  2. Urgent crossmatch               : 15 minit
  3. Full Group and Crossmatch : 45 minit

§  Setiap perkhidmatan yang diberi akan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh Sistem Kepastian Kualiti.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: