Header HQE

LATAR BELAKANG

Peringkat Awal Hospital Queen Elizabeth

Bangunan asal Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu telah dibina di Jesselton pada tahun 1957, sebaik sahaja selepas Perang Dunia Kedua di batu satu, Jalan Tuaran di sebelah bangunan Radio Malaysia Sabah. Hospital asal dibina dari papan-papan kayu dengan bumbung-bumbung atap.

Front view of Jesselton HospitalPemandangan Depan Jesselton Hospital

Pada masa itu hospital mengandungi hanya satu blok bangunan, iaitu blok pada masa ini dikenali sebagai bangunan hospital lama.

Hospital telah dibina di atas bukit di batu 1½, Jalan Penampang. Pada awalnya hospital mempunyai 208 katil. Pada masa yang sama Hospital Tuberculosis telah dibina di atas bukit berhampiran yang mempunyai 135 katil. Sejak perasmiannya pada tahun 1957, Hospital Queen Elizabeth menjalani pembangunan pesat. Perubahan ini menyebabkan hospital bertambah besar dan lebih kompleks dengan tambahan beberapa bangunan baru dan kerja pengubahsuaian bangunan-bangunannya dari semasa ke semasa.

Blok Bangunan Lama pada tahun1970Blok Bangunan Lama pada tahun 1970

Pada tahun 1967 sebuah blok baru dibina untuk menampung Jabatan Outpatient dan Makmal Central. Jabatan Outpatient sedia ada kemudiannya telah dibangunkan menjadi Unit Physiotherapy. Pada tahun 1980 Maternity and Nursery Block juga telah dibina. Seterusnya pada bulan Mei 1981 First Class Maternity Unit diselenggara dan diubahsuai menjadi Wad Kanak-Kanak. Manakala, Pejabat Pentadbiran ditempatkan semula di tingkat satu di bangunan lama dan kawasan yang Queen Elizabeth's visit in 1971dikosongkan telah diambil alih oleh Laboratory. Pada masa yang sama Unit Kecemasan terletak dalam Jabatan Pesakit Luar telah dibesarkan dengan kos RM75,000.

Lawatan Ratu Elizabeth pada tahun 1971

Pembangunan terbesar berlaku dengan pembinaan Tower blok dengan kos RM 20 juta pada tahun 1981. Perasmian Tower Block pada Disember 1981 telah mengubah keseluruhan hospital yang dahulunya hanya bangunan biasa dan kecil kini mempunyai satu bangunan tinggi yang telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan yang lebih baik daripada sebelumnya.

HQE in 1980'sHQE pada 1980

Blok Menara mengandungi CSSD, Farmasi Inpatient, Jabatan Radiology, Jabatan oftalmologi, beberapa wad pembedahan , wad kelas pertama dan wad VIP. Pada masa ini Hospital Queen Elizabeth ialah hospital terbesar di negeri Sabah. Ia pusat rujukan untuk semua hospital daerah dan mempunyai 589 katil. Hospital juga menyediakan beberapa bidang utama rawatan perubatan, termasuk Unit Burn dan Unit Paediatric Intensive Care. Walau bagaimanapun pembangunan Hospital Queen Elizabeth masih berterusan. Plan induk yang bermula pada tahun 1995 akan dilaksanakan dalam 2 fasa. Termasuk dalam perancangan ialah pembinaan 2 menara blok baru iaitu Unit Accident and Emergency yang baru, Pusat Makmal, beberapa wad-wad dan sambungan Unit Rawatan Rapi sedia ada dengan tambahan satu Coronary Care Unit. Perkembangan-perkembangan ini akan membawa hospital dengan yakin dalam abad ke-21 dan hospital akan memainkan tugas penting untuk membangunkan sebuah masyarakat yang progresif dan sihat.

Background Image

Header Color

:

Content Color

: