Header HQE

JABATAN PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS

 

PENGENALAN

Pergigian Penjagaan Khas merupakan satu bidang pergigian yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011. Kepakaran ini menawarkan perkhidmatan pergigian kepada orang dewasa yang mempunyai kesihatan pergigian yang terjejas disebabkan oleh kekurangan upaya atau masalah perubatan kompleks di mana mereka memerlukan modifikasi semasa menerima rawatan pergigian.  Kepakaran ini menyediakan perkhidmatan pergigian kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas sehinggalah kepada golongan warga emas termasuklah mereka yang berada di penghujung hayat. Perkhidmatan Pergigian Penjagaan Khas di negeri Sabah telah bermula pada 2 Jan 2015 di Hospital Queen Elizabeth. Klinik ini berada di Aras 2, bangunan Kompleks Pakar bersebelahan dengan Jabatan Otorhinolaryngology. Pada masa kini, jabatan ini terdiri daripada seorang Pakar Pergigian, 2 orang Pegawai Pergigian, seorang Juruterapi Pergigian Kanan, dan dua orang Pembantu Pembedahan Pergigian.

Kumpulan sasaran:

  • Ketidakupayaan intelektual dan pertumbuhan (Contoh: Sindrom Down, Autisme)
  • Ketidakupayaan fizikal (Contoh: Palsi serebral, strok, kecederaan otak, kecederaan tunjang saraf)
  • Kompromi perubatan yang kompleks (Contoh: masalah jantung, masalah pendarahan, kompromi sistem imun, kanser,       mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan)
  • Masalah psikiatri (Contoh: skizofrenia, kemurungan, fobia pergigian)
  • Warga emas yang mempunyai masalah kognitif, perubatan dan fizikal dan bergantung kepada orang lain untuk                   melakukan aktiviti seharian

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perawatan dan pencegahan gigi utama untuk membantu penjagaan jangka panjang dan memperbaiki kualiti kehidupan      (Treatment and maintenance of key dentition to facilitate long-term care and improve QOL)
  2. Modifikasi rawatan tampalan untuk mencegah kehilangan gigi (Modification of routine restorative dentistry to prevent          tooth loss)
  3. Rawatan periodontik rutin (Routine periodontal treatment)
  4. Rawatan kanal akar rutin (Routine endodontic care)
  5. Gigi palsu kekal dan boleh tanggal (Fixed and removable prosthodontics)
  6. Mengendali masalah oral dan pergigian yang terjejas disebabkan oleh masalah perubatan sistemik dan rawatan                  perubatan yang diterima (Management of oral manifestations of systemic disease and its medical therapy/                          polypharmacy)
  7. Pembedahan mulut minor (Minor oral surgery; e.g surgical extraction of impacted teeth, biopsy)
  8.  Rawatan trauma pergigian yang ringan (Treatment for simple dento-alveolar trauma)
  9. Rawatan pergigian dengan pengendalian perlakuan secara tanpa farmakologi dan dengan farmakologi termasuk                sedasi  dan bius umum (Dental treatment under non-pharmacological and pharmacological behaviour management            techniques including sedation and general anaesthesia)

 

 

WAKTU PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS

 

HARI

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

08:00 pagi     -     1:00 petang

02:00 petang -     05:00 petang

Jumaat

08:00 pagi     -     11.30 pagi

02:00 petang -    05:00 petang

Sabtu/ Ahad/ Hari Kelepasan Am

Tutup

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: